Kenapa Hamzah tolak runding peruntukan dengan Anwar?

Kenapa Hamzah tolak runding peruntukan dengan Anwar

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi mendakwa Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin menolak untuk berunding dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berhubung peruntukan Ahli Parlimen pembangkang.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sepatutnya tanya Hamzah alasan beliau menolak untuk berunding.

“Perdana menteri setuju bagi peruntukan setelah berunding dengan Hamzah selaku ketua pembangkang.

“Tetapi Hamzah menolak untuk berunding,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof mendedahkan Ahli Parlimen pembangkang tidak menghantar surat memohon peruntukan sehingga kini, di sebalik pelawaan kerajaan.

Semalam, Anwar membidas Ahli Parlimen pembangkang menuntut peruntukan wakil rakyat, tetapi enggan berbincang dengan kerajaan bagi merealisasikan perkara itu.

Mengingatkan perbincangan sama pernah dilakukan di bawah pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, Anwar berkata, kerajaan melantik Fadillah, pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dari Sarawak, untuk perbincangan itu.

Dalam pada itu, Puad mempersoalkan sikap Hamzah tidak membantah ketika Ismail berunding dengan Anwar, yang ketika itu ketua pembangkang dalam perbincangan peruntukan pembangkang.

“Sebab itu jangan bagi ‘outright grant’ atau masuk ke akaun pusat khidmat (Ahli Parlimen) pembangkang. Takut ada yang guna.” FMT

Kenapa Hamzah tolak runding peruntukan dengan Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?

Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker