Keburukan kolesterol, jangan rasa terancam
Keburukan kolesterol, jangan rasa terancam
BELUM terlambat jika mahu mengubah amalan pengambilan diet dan gaya hidup sihat walaupun selepas diberitahu doktor mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.
Jika sebelum ini kita masih bersenang-lenang kerana menganggap cukup sihat, kini isu kesihatan perlu diambil serius bagi mengurangkan kesan buruk kepada tubuh.
Kolesterol yang tinggi boleh memberi kesan kepada sebilangan besar rakyat Malaysia dan ia ada kaitan dengan genetik, gaya hidup dan amalan pemakanan.
Misalnya, diet tinggi lemak tepu boleh menyebabkan pengumpulan plak kolesterol dalam salur darah, seterusnya menyempitkan salur darah dan mengehadkan aliran darah.
Pengumpulan kolesterol ini akan menyebabkan salur darah tersumbat. Apabila aliran darah ke jantung terjejas, serangan jantung akan berlaku.
Kolesterol jenis baik dan buruk
Orang ramai sering berasa terancam dengan keburukan kolesterol kerana mendapat maklumat yang tidak tepat. Sebenarnya kolesterol adalah sebahagian daripada bahan kimia penting untuk tubuh.
Kolesterol terdapat dalam setiap sel manusia dan haiwan. Selain kolesterol yang diperoleh daripada pengambilan makanan berasaskan haiwan, tubuh kita juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan kolesterol yang diperlukan untuk pelbagai fungsi badan.
Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi.
Pengekalan tahap kolesterol dalam peringkat yang disarankan (normal) adalah penting untuk memperoleh kebaikan maksimum.
Kolesterol digunakan untuk penghasilan cecair hempedu oleh hati. Ini penting bagi melindungi sel saraf, membina sel baru dan menghasilkan hormon yang diperlukan untuk perkembangan normal serta melancarkan fungsi tubuh manusia.
Molekul kolesterol diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein.
Dua jenis kolesterol
Terdapat dua jenis kolesterol yang utama iaitu lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL juga dikenali sebagai kolesterol buruk kerana mempunyai kecenderungan untuk melekat di dinding arteri (salur darah) yang akan menyebabkan salur darah tersumbat dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
Justeru, menurunkan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Kolesterol HDL (kolesterol baik) pula mencegah penyempitan salur darah ke jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung.
Ukuran mudah sediakan hidangan
Salah satu cara untuk mengawal tahap kolesterol di dalam badan adalah melalui pemakanan yang sihat.
Ada cara mudah yang boleh diamalkan bagi membantu mengawal pengambilan makanan yang dinikmati setiap hari iaitu menggunakan tapak tangan sebagai ukuran.
Misalnya, ambil satu hidangan daging atau ikan mengikut saiz tapak tangan sendiri.
Selain itu, buah juga tidak boleh dilupakan. Lengkapkan hidangan yang dinikmati dengan saiz hidangan buah segar sebesar penumbuk.
Mahu mengamalkan diet seimbang, sediakan sayuran, nasi atau pasta bersesuaian dengan saiz tapak tangan (dibentuk melengkung seperti cawan).
Kolesterol adalah bahan lemak lipid sterol yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan baik. Ia bergerak melalui saluran darah untuk sampai kepada sel-sel yang memerlukannya. Sel tubuh menggunakan kolesterol untuk pelbagai fungsi penting. Antaranya seperti dalam penghasilan hormon dan pencernaan makanan berlemak. BH
Keburukan kolesterol, jangan rasa terancam
Baca Artikel Menarik:
- Sombong, bincang dulu baru dapat peruntukan – Anwar
- Belanjawan2024: Cuepacs minta kenaikan gaji RM300
- Saya takkan beritahu – Wan Hanafi Su
- Anwar jurujual terbaik Malaysia – Zafrul
- Abang Proton kongsi detik perkenanlan dengan Sherry Alhadad
- Lori rempuh kenderaan diarah berhenti oleh polis, 2 maut
- Kita berahi tengok awak, Kelly Azman terima mesej lucah
- Caprice bidas Ustaz Derry
- Jika peruntukan MP bagi orang kahwin, SPRM ambil tindakan
- Menteri terkejut cadangan MP Langkawi bina MRT dari Alor Setar ke Langkawi
- Pelajar dakwa sekolah larang pakai Sari di sekolah untuk sambutan Hari Kebangsaan
- Peranan Mahathir dalam ‘SG4’ tak bawa kesan pun
- Pelajar Tingkatan 3 dirogol dua lelaki Rohingya di Klebang
- Bella Astillah letak syarat berlakon dengan pelakon muda
- DNAA Zahid: Pembangkang sebenarnya tak mahu dengar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET