Baiki Umno sebelum kukuhkan hubungan dengan PH
Baiki Umno sebelum kukuhkan hubungan dengan PH
Seorang pemimpin Pemuda mahu kepimpinan Umno fokus pada usaha memperkukuh parti sebelum menambah baik hubungannya dengan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Tetap Pemuda Umno Wan Agyl Wan Hassan berkata, hubungan antara Umno dan PH akan menjadi kukuh secara semulajadi jika Umno sendiri kuat.
Bagaimanapun, katanya, hal ini tidak berlaku selepas Umno sekali lagi menunjukkan prestasi buruk pada PRN baru-baru ini.
Beliau berkata, PH mungkin “menggugurkan” parti itu jika sokongan pengundi Melayu terus merudum. Jika ini berlaku, katanya, kerajaan perpaduan tidak lagi memerlukan Umno sebagai sekutunya untuk kekal di Putrajaya.
“Bila parti akan tangani masalah (hilang sokongan Melayu)? Kedudukan kita (Umno) sekarang dalam kerajaan perpaduan masih tidak diterima pengundi Melayu,” katanya.
“Jadi apa lagi selepas ini? Kita belum jelaskan kedudukan kita dalam kerajaan perpaduan, jadi bagaimana nak kekalkan sokongan dan kepercayaan orang Melayu?”
Wan Agyl turut menggesa kepimpinan parti mendedahkan dapatan pascanilai dilakukan susulan PRN di enam negeri.
“Kami mahu tahu (kesimpulan dicapai) kerana menurut mereka laporan pascanilai telahpun diterima,” katanya.
Minggu lepas, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti telah memutuskan untuk memperkukuh hubungan dengan rakan parti komponen PH pada semua peringkat bagi memastikan kestabilan politik.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengalu-alukan pengumuman Asyraf itu, yang dipercayainya dapat membantu memastikan kelanjutan hayat kerajaan perpaduan.
Beliau yakin dengan sedikit masa, akar umbi Umno akan lebih selesa untuk bekerjasama dengan PH.
Bekas Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, akar umbi Umno lebih selesa bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) kerana menjadi sebahagian daripada pentadbiran sama selama dua setengah tahun, bawah pimpinan Muhyiddin Yassin kemudian Ismail Sabri Yaakob.
“Ini sesuatu yang perlu kita tangani untuk menstabilkan kerajaan dan memperkukuh hubungan antara PH dan BN,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik Mazlan Ali daripa Universiti Teknologi Malaysia berkata, segelintir ahli Umno mungkin memerlukan lebih masa untuk menerima kerjasama antara Umno dan PH yang sebelum ini bersaing.
Mazlan menggesa pemimpin parti menemui ahli akar umbi bagi meyakinkan mereka mengenai manfaat kerjasama ini dalam realiti politik kini.
“Kolaborasi ini (PH-Umno) belum pun setahun, jadi Umno dan PH perlu lebih masa untuk saling mengenali dan sesuaikan pendekatan masing-masing,” katanya.
“Jika dilakukan dengan baik, dan dengan DAP juga lebih bertoleransi, saya percaya ia akan lebih berjaya,” katanya. FMT
Baiki Umno sebelum kukuhkan hubungan dengan PH
Baca Artikel Menarik:
- Sombong, bincang dulu baru dapat peruntukan – Anwar
- Belanjawan2024: Cuepacs minta kenaikan gaji RM300
- Saya takkan beritahu – Wan Hanafi Su
- Anwar jurujual terbaik Malaysia – Zafrul
- Abang Proton kongsi detik perkenanlan dengan Sherry Alhadad
- Lori rempuh kenderaan diarah berhenti oleh polis, 2 maut
- Kita berahi tengok awak, Kelly Azman terima mesej lucah
- Caprice bidas Ustaz Derry
- Jika peruntukan MP bagi orang kahwin, SPRM ambil tindakan
- Menteri terkejut cadangan MP Langkawi bina MRT dari Alor Setar ke Langkawi
- Pelajar dakwa sekolah larang pakai Sari di sekolah untuk sambutan Hari Kebangsaan
- Peranan Mahathir dalam ‘SG4’ tak bawa kesan pun
- Pelajar Tingkatan 3 dirogol dua lelaki Rohingya di Klebang
- Bella Astillah letak syarat berlakon dengan pelakon muda
- DNAA Zahid: Pembangkang sebenarnya tak mahu dengar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.