Pemimpin Islam kecam Barat insiden bakar al-Quran di UNGA


Pemimpin Islam kecam Barat insiden bakar al-Quran di UNGA

Pemimpin Islam yang berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengecam Barat berhubung insiden membakar al-Quran, menyifatkan tindakan dilindungi di bawah kebebasan bersuara itu sebagai diskriminasi.

Sweden menyaksikan beberapa siri pembakaran kitab suci Islam, dengan kerajaan menyuarakan kecaman tetapi mengatakan negara itu tidak boleh menghentikan tindakan yang dilindungi di bawah undang-undang kebebasan bersuara.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang memberi tekanan selama berbulan-bulan ke atas Sweden kerana menerima aktivis Kurdish yang dilihat Turkiye sebagai pengganas, berkata negara-negara Barat memperlihatkan ‘wabak’ perkauman termasuk Islamofobia.

“Ia telah mencapai tahap yang tidak boleh diterima, malangnya ahli politik populis di banyak negara terus bermain api dengan menggalakkan trend berbahaya seperti itu.

“Mentaliti yang menggalakkan serangan mengerikan terhadap al-Quran di Eropah, dengan membenarkan mereka bertopengkan kebebasan bersuara, pada dasarnya menggelapkan masa depan (Eropah) sendiri melalui tangannya sendiri,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB.

Protes di Sweden yang membabitkan pembakaran al-Quran dianjurkan pelarian Salwan Momika, mencetuskan kemarahan di Asia Barat termasuk negara asalnya Iraq.

Erdogan pada Julai berkata beliau akan menarik balik sekatan ke atas usaha Sweden untuk menyertai NATO tetapi Parlimen Turkiye belum lagi mengesahkan keahlian negara itu.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi, seorang ulama yang mewakili negara teokratik Syiah, mengangkat al-Quran ketika berucap.

“Api rasa tidak hormat tidak akan mengatasi kebenaran,” kata Raisi, menuduh Barat berusaha mengalihkan perhatian dengan elemen kebebasan bersuara.

“Islamofobia dan budaya apartheid yang disaksikan di negara-negara Barat – terbukti dalam tindakan daripada mencemarkan al-Quran hingga kepada larangan hijab di sekolah dan banyak lagi diskriminasi yang menyedihkan tidak layak untuk maruah manusia,” kata Raisi.

Beliau merujuk tindakan Perancis, yang secara kontroversi mengharamkan wanita Islam memakai tudung di sekolah.

Kemunculannya berlaku setahun selepas Iran didakwa bertindak ganas terhadap protes diketuai wanita, dicetuskan oleh kematian dalam tahanan Mahsa Amini yang ditahan oleh polis moral kerana didakwa melanggar syarat memakai hijab.

Emir Qatar, kerajaan kaya yang mempunyai hubungan rapat dengan Barat dan dunia Islam yang lain, dalam ucapannya berkata bahawa “mengkompromi kesucian orang lain dengan sengaja” tidak seharusnya dilihat sebagai kebebasan bersuara.

“Saya akan berkata kepada saudara Muslim bahawa tidak masuk akal bagi kita untuk terganggu oleh orang bodoh atau orang yang berat sebelah apabila dia terfikir untuk memprovokasi kita dengan membakar al-Quran atau dengan bentuk remeh lain,” kata emir, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

“Al-Quran itu terlalu suci untuk dicemari oleh orang yang bodoh,” katanya. BH

Pemimpin Islam kecam Barat insiden bakar al-Quran di UNGA

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla

Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)

Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker