Lebih 100 tapak bersejarah di Makkah, Madinah akan dibangunkan

Lebih 100 tapak bersejarah di Makkah, Madinah akan dibangunkan

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi merancang membangunkan lebih 100 tapak bersejarah di Makkah dan Madinah dalam usaha menambah pengalaman jemaah haji dan umrah selaras Wawasan Saudi 2030.

Pembangunan menerusi Program Doyof Al-Rahman (Tetamu Yang Maha Pengasih) itu akan dilaksanakan dengan kerjasama 70 entiti awam, swasta dan pertubuhan bukan keuntungan.



Menteri, Dr Tawfiq Al-Rabiah, berkata program itu berperanan menjadikan pengalaman di Makkah dan Madinah sebagai bernilai dan tidak dapat dilupakan jemaah.

“Kementerian dengan penyelarasan dan kerjasama dengan rakan kongsi daripada beberapa agensi akan berusaha membangunkan tapak bersejarah ini dengan kualiti dan standard yang tinggi,” katanya ketika berucap pada program “Partners” di Kejiranan Budaya Hira di Makkah pada Isnin.

Pada majlis itu Dr Tawfiq mengumumkan pelancaran platform elektronik bagi tempahan tiket melawat tapak bersejarah dan budaya di Makkah, termasuk Gua Hira dan tapak lain yang akan dibangunkan.

“Allah memberkati negara kita dengan penghormatan besar iaitu berkhidmat kepada dua masjid suci serta jemaah haji dan umrah.



“Makkah dan Madinah mempunyai sejarah yang hebat dan umat Islam tidak sabar untuk mengetahuinya,” katanya yang dilaporkan Saudi Gazette.

Beliau turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian perkongsian dengan beberapa syarikat umrah. BH

Lebih 100 tapak bersejarah di Makkah, Madinah akan dibangunkan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla

Pengacara popular tak bayar gaji staff?



Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)

Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker