Jualan Agro Madani mudahkan rakyat beli beras
Jualan Agro Madani mudahkan rakyat beli beras
JOHOR BAHRU: Pelbagai usaha dilaksanakan termasuk mengadakan Jualan Agro Madani memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan asas, termasuk beras tempatan yang agak sukar diperoleh pada masa ini.
Seorang pesara, Azhar Abdul Wahab, 74, mengakui harga ditetapkan sebanyak RM27 bagi sekampit beras 10 kilogram (kg) dan seekor ayam dapat membantu meringankan beban dalam menyediakan keperluan harian bagi keluarganya.
Bulan lalu dia terpaksa membeli beras import yang dijual pada harga lebih mahal, iaitu RM39 sekampit apabila sukar mendapatkan bekalan beras tempatan.
“Saya sudah cari di beberapa lokasi termasuk kedai runcit dan pasar raya di sekitar Tampoi untuk mencari beras tempatan, tetapi tidak jumpa. Alhamdulillah, rezeki hari ini apabila dapat beli beras dengan harga RM27, malah turut dapat seekor ayam,” katanya ditemui pada Jualan Agro Madani di Pasar Tani Kekal Jalan Datin Halimah, di sini hari ini.
Seorang suri rumah, Hafizah Hassan, 35, pula berharap Jualan Agro Madani itu dapat diteruskan dan dilaksanakan lebih kerap bagi membantu masyarakat mendapatkan bekalan beras tempatan.
“Untuk keluarga saya, beras 10 kilogram boleh tahan sebulan. Jadi, Alhamdulillah saya dapat peluang ini untuk beli beras dan ayam seekor pada harga hanya RM27 sebab dalam pasaran paling murah saya jumpa kira-kira RM39 sekampit,” katanya.
Menerusi pelan intervensi beras yang dilaksanakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), sebanyak 30,000 metrik tan beras putih tempatan diedar ke empat pusat operasi FAMA seluruh negeri ini, iaitu di Johor Bahru, Tangkak, Simpang Renggam dan Batu Pahat.
Selain itu, FAMA juga akan membuat jualan terus kepada 39 outlet peruncitan membabitkan 21 Agrobazaar Kedai Rakyat, 13 Agrobazaar Rakyat dan lima pasar tani kekal. Utusan
Jualan Agro Madani mudahkan rakyat beli beras
Baca Artikel Menarik:
- Sombong, bincang dulu baru dapat peruntukan – Anwar
- Belanjawan2024: Cuepacs minta kenaikan gaji RM300
- Saya takkan beritahu – Wan Hanafi Su
- Anwar jurujual terbaik Malaysia – Zafrul
- Abang Proton kongsi detik perkenanlan dengan Sherry Alhadad
- Lori rempuh kenderaan diarah berhenti oleh polis, 2 maut
- Kita berahi tengok awak, Kelly Azman terima mesej lucah
- Caprice bidas Ustaz Derry
- Jika peruntukan MP bagi orang kahwin, SPRM ambil tindakan
- Menteri terkejut cadangan MP Langkawi bina MRT dari Alor Setar ke Langkawi
- Pelajar dakwa sekolah larang pakai Sari di sekolah untuk sambutan Hari Kebangsaan
- Peranan Mahathir dalam ‘SG4’ tak bawa kesan pun
- Pelajar Tingkatan 3 dirogol dua lelaki Rohingya di Klebang
- Bella Astillah letak syarat berlakon dengan pelakon muda
- DNAA Zahid: Pembangkang sebenarnya tak mahu dengar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril