Cara lakukan solat taubat
Cara lakukan solat taubat
Sebagai manusia setiap orang pasti akan melakukan kesalahan atau perbuatan yang menghadirkan dosa. Tiada siapa pun yang maksum dari melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah sama ada mereka sedar secara zahir atau tidak.
Oleh yang demikian maka Islam telah menunjukkan cara bagaimana yang sebaiknya dilakukan apabila mereka melakukan kesalahan yang mengundang murka Allah. Bersabda Rasulullah s.a.w.,
“Sesiapa yang pernah melakukan dosa bersegeralah berwuduk, kemudian dirikan solat, dan mohonlah keampunan kepada Allah. Allah pasti akan menerima permohonannya itu.” (HR Abu Daud & Nasai’i)
Hadis di atas menjelaskan tentang cara bertaubat sebagaimana yang dianjurkan Baginda s.a.w. iaitu dengan mendirikan solat sunat taubat. Tiada waktu yang khusus bagi mendirikan solat sunat taubat.
Seeloknya segera apabila menyedari kesilapan yang dilakukan, kerana kita tidak tahu bila waktunya kita akan mati. Bermakna solat ini boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana pun jua. Namun begitu waktu yang paling baik dianjurkan adalah sepertiga malam ketika Qiamullail.
“Apakah ada orang yang berdoa (sepertiga malam ini) Maka Aku akan mengabulkannya. Dan tiada sesiapa yang meminta ampun kepada Ku melainkan Aku akan mengampunkannya serta tiada siapa yang bertaubat kepada Ku melainkan Aku akan memberinya taubat.” HR Bukhari
Solat ini dilakukan sebanyak dua rakaat sepertimana petikan hadis daripada Saidina Ali r.a,
Abu Bakar telah menceritakan kepada ku dan Abu Bakar r.a adalah seorang yang benar, dia berkata, Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak seorang hamba pun yang telah mengerjakan sesuatu dosa, lalu dia mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, setelah itu dia memohon ampun kepada Allah (atas dosanya tersebut), maka Allah akan mengampunkan dosanya.” (HR Tirmizi)
Walaupun hadis di atas menyebutkan dua rakaat, tetapi boleh juga dilakukan lebih dari itu, sama ada empat atau enam rakaat. Jika empat rakaat boleh dilakukan dengan sekali salam sebagaimana solat Asar atau Zohor.
Lafaz niatnya ialah,
“Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”
Tidak dikhususkan bacaan surah tertentu dalam solat ini. Terpulang untuk membaca apa sahaja surah. Namun jumhur ulama menyebutkan surah al-Kafirun dalam rakaat pertama dan surah al-Ikhlas di rakaat yang kedua.
Di dalam sujud yang terakhir selepas bacaan sujud, bacalah doa nabi Yunus sewaktu Baginda a.s. ditelan ikan Nun dengan bersungguh-sungguh. Lafaznya berbunyi:
“Laa Ilaha Illaa anta, Subhaanaka Inni, Kuntu Minazhalimiin.”
(Tiada Tuhan melainkan Engkau. Maha suci Mu, sesungguhnya aku terdiri dari orang-orang yang zalim.”)
Namun begitu, jika tidak membacanya pun tidak menjadi kesalahan, dan solatnya tetap sah.
Selesai solat, beristighfarlah sebanyak mungkin. Lafaznya,
“Astaghfirullah hal a’zhim, allazi laa ilaha illa huwal haiyyul qayyumu wa atubu ilaih.”
Kemudian berdoalah kepada Allah dengan khusyuk dan tawaduk mohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan. Semoga taubat yang kita pohonkan itu diterima Allah s.w.t. Wallahu a’lam
Cara lakukan solat taubat
Baca Artikel Menarik:
- Sombong, bincang dulu baru dapat peruntukan – Anwar
- Belanjawan2024: Cuepacs minta kenaikan gaji RM300
- Saya takkan beritahu – Wan Hanafi Su
- Anwar jurujual terbaik Malaysia – Zafrul
- Abang Proton kongsi detik perkenanlan dengan Sherry Alhadad
- Lori rempuh kenderaan diarah berhenti oleh polis, 2 maut
- Kita berahi tengok awak, Kelly Azman terima mesej lucah
- Caprice bidas Ustaz Derry
- Jika peruntukan MP bagi orang kahwin, SPRM ambil tindakan
- Menteri terkejut cadangan MP Langkawi bina MRT dari Alor Setar ke Langkawi
- Pelajar dakwa sekolah larang pakai Sari di sekolah untuk sambutan Hari Kebangsaan
- Peranan Mahathir dalam ‘SG4’ tak bawa kesan pun
- Pelajar Tingkatan 3 dirogol dua lelaki Rohingya di Klebang
- Bella Astillah letak syarat berlakon dengan pelakon muda
- DNAA Zahid: Pembangkang sebenarnya tak mahu dengar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.