Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’
Kuala Lumpur: “Bapa mana yang tidak terkejut apabila mendapat tahu anaknya sanggup menipu untuk mendapatkan wang.”
Demikian kata penyanyi rap Caprice susulan permohonan maaf yang dibuat lelaki dipercayai bapa kepada pempengaruh Indonesia, Mondy Tatto terhadap pendakwah sensasi, Ebit Lew dalam siaran langsung bersama pendakwah, Ustaz Derry Sulaiman di TikTok.
Menurut Caprice, bapa Mondy sudah termakan dengan cerita rekaan yang dibuat Ustaz Derry sehingga percaya dengan pembohongan sehingga berulang kali memohon maaf.
“Ustaz Derry Sulaiman sudah buat kerja yang sangat kotor dan saya sudah buktikan yang individu ini adalah penipu. Sewaktu saya, Mondy dan beberapa staf sedang beri keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Selangor, seorang ustaz bernama Derry dari Indonesia sedang membuat siaran langsung di TikTok.
“Ketika itu kami tidak menonton siaran langsung berkenaan kerana telefon bimbit tidak boleh dibawa masuk ke bilik keterangan. Jadi ketika siaran langsung itu dia tunjuk bukti kononnya Mondy mengaku dia berbohong demi wang.
“Jadi apabila bapanya melihat perbualan itu, orang tua mana yang tidak menangis sedangkan bukti yang ditunjukkan adalah rekaan dan fitnah.
“Malam tadi saya maklumkan pada Ustaz Derry yang saya sanggup beri 40 juta rupiah untuk dia buat video ringkas mendedahkan perbualan itu termasuk pamerkan nombor telefon kepada tontonan umum.
“Dia cuba buat apa yang diminta tapi nombor yang tertera berbeza dan telah memadamnya. Kemudian dia muat naik semula tapi nama pula berbeza dengan apa yang dikongsikan sebelum ini. Akhirnya semua bukti dipadam.
“Kenapa orang yang ada bukti sanggup memadam semua itu. Kita kena ada akal dan otak bila nak marah orang. Kalau ada bukti kenapa nak sembunyikan, kecuali ada sebab iaitu mahu sorokkan kebenaran atau menganiaya mangsa,” katanya.
Menjawab persoalan bapa Mondy yang mendakwa Caprice tidak meminta izin untuk membawa anaknya ke Malaysia, Caprice berkata, wanita itu sudah dewasa dan berstatus isteri orang.
“Mondy sudah dewasa dan selama ini dia hidup sebagai budak jalanan yang berdikari. Jadi tak perlu nak minta izin daripada ibu bapanya. Sebenarnya saya sudah meminta izin suaminya ketika dia mahu datang ke Malaysia,” katanya.
Dalam masa sama, Caprice mendedahkan bukan saja dia menerima pelbagai ugutan malah ahli keluarga terdekat wanita itu turut menerima ancaman.
“Terbaru suaminya yang berada di Jakarta dibelasah sekumpulan lelaki tidak dikenali. Walaupun kita tidak tahu punca, mungkin ia ada kaitan dengan isu ini.
“Sejak berita ini tular saya ada bertanya kepada Mondy sama ada perlu untuk membawa anak dan suaminya ke sini terutama selepas suaminya itu dipukul, tetapi Mondy lebih percaya jika mereka terus berada di sana bersama keluarga.
“Buat masa ini, Mondy masih perlu tinggal di Malaysia kerana kami bimbangkan keselamatannya. Selagi kes ini belum selesai, lebih baik dia tidak balik ke sana.
“Sebenarnya kami ada menerima ugutan namun impaknya lebih dirasai oleh keluarga Mondy di Indonesia,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sombong, bincang dulu baru dapat peruntukan – Anwar
- Belanjawan2024: Cuepacs minta kenaikan gaji RM300
- Saya takkan beritahu – Wan Hanafi Su
- Anwar jurujual terbaik Malaysia – Zafrul
- Abang Proton kongsi detik perkenanlan dengan Sherry Alhadad
- Lori rempuh kenderaan diarah berhenti oleh polis, 2 maut
- Kita berahi tengok awak, Kelly Azman terima mesej lucah
- Caprice bidas Ustaz Derry
- Jika peruntukan MP bagi orang kahwin, SPRM ambil tindakan
- Menteri terkejut cadangan MP Langkawi bina MRT dari Alor Setar ke Langkawi
- Pelajar dakwa sekolah larang pakai Sari di sekolah untuk sambutan Hari Kebangsaan
- Peranan Mahathir dalam ‘SG4’ tak bawa kesan pun
- Pelajar Tingkatan 3 dirogol dua lelaki Rohingya di Klebang
- Bella Astillah letak syarat berlakon dengan pelakon muda
- DNAA Zahid: Pembangkang sebenarnya tak mahu dengar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET