Jadi penasihat Menteri Besar PAS, Mahathir jilat ludah sendiri

Mahathir kini sebagai penasihat tidak rasmi untuk empat negeri yang ditadbir PN tidak selari dengan kritikannya terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Tokoh veteran DAP itu membangkitkan buku Mahathir bertajuk “Capturing Hope – The Struggle Continues for a New Malaysia” yang diterbitkan selepas keruntuhan pentadbiran PH pimpinannya, yang mengandungi sejumlah kritikan terhadap pandangan Hadi.

Antaranya Lim berkata dia diingatkan kembali berkenaan pandangan Mahathir berkenaan apa yang disebut sebagai amanat Hadi pada 1981 yang mengkafirkan Umno sebagai bertanggungjawab memecah-belahkan orang Melayu-Islam di Malaysia.

“Sekarang, Mahathir menjilat ludahnya sendiri (eating his own words) dengan menjadi penasihat tidak rasmi kepada empat negeri PAS walaupun PAS di bawah Hadi sedang melakukan apa yang dia cuba buat sebelum ini.

“(Iaitu) mengecam DAP sebagai anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, komunis dan menyebarkan Islamofobia, tanpa sebarang bukti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lim juga memetik petikan dalam buku Mahathir itu yang menyentuh amanat Hadi yang menurutnya sekian lama menjadi panduan ahli dan penyokong PAS.

Dalam buku itu, Mahathir mendakwa berlaku pemulauan dalam keluarga berdasarkan sokongan politik dan ada ahli PAS yang benar-benar menganggap ahli Umno sebagai “kafir”.

“Jika sebelum ini tiada perpecahan agama dalam kalangan Melayu Islam, kini ia ada. Dan jurang itu dalam, bukan berpunca daripada ajaran Islam tetapi politik,” kata Mahathir yang memimpin Umno pada dekad 1980-an dan 1990-an, di mana PAS merupakan seteru politik utama parti itu.

Pada Khamis lalu, Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis dalam proses membentuk ‘kumpulan empat negeri’ dengan Mahathir dilantik sebagai penasihat tidak rasmi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker