Azharina simpan kisah disihir selama 7 tahun

Tiada niat bersaing dengan sesiapa, tujuan penyanyi lagu Elegi Sepi, Azharina Azhar melangkah ke dunia nyanyian sekadar mahu mencari rezeki halal demi menyara keluarga, selain dua anak angkatnya.

Namun, dalam diam, ada insan yang menyimpan dendam terhadap penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu tergamak bermain ‘kotor’ hingga melakukan perbuatan ilmu hitam terhadapnya.

Menyimpan kemas kejadian mistik dialami selama tujuh tahun, Azharina atau mesra disapa Nina, 38, akhirnya berkongsi pengalaman seram dialami.

Nina mendakwa masih tidak dapat melupakan kejadian yang tak ubah seperti filem seram yang berlaku pada jam 3 pagi di sebuah hotel, iaitu sehari sebelum dinobatkan juara program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim ketiga.

“Sebelum ini, saya tak pernah kongsi perkara ini dengan sesiapa dan di mana-mana. Jujur, sehari sebelum program akhir GV3 berlaku kejadian yang tak mampu dilupakan.

“Pulang raptai sekitar jam 3 pagi, saya mengalami satu kejadian pelik iaitu muntah darah dan segumpal rambut keluar daripada mulut saya.

“Ketika kejadian, secara kebetulan doktor peribadi, Dr Mansor bersama isteri dan pekerja ada bersama.

 

Nina mendakwa masih tidak dapat melupakan kejadian yang tak ubah seperti filem seram yang berlaku pada jam 3 pagi di sebuah hotel, iaitu sehari sebelum dinobatkan juara GV3. Foto IG Azharina Azhar
Nina mendakwa masih tidak dapat melupakan kejadian yang tak ubah seperti filem seram yang berlaku pada jam 3 pagi di sebuah hotel, iaitu sehari sebelum dinobatkan juara GV3. Foto IG Azharina Azhar

“Mereka menjadi saksi kepada kejadian yang tak ubah seperti adegan filem Ju-On. Dr Mansor pun tidak tahu apa puncanya, tetapi memberikan saya ‘drip’. Alhamdulillah, saya dapat meneruskan pertandingan keesokan hari,” dedah Nina kepada BH Online.

Bakal bertanding sekali lagi dalam program realiti, Gegar Vaganza All Star, tidakkah bimbang kejadian sama berulang kembali?

Wanita berjiwa kental itu akui perkara itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk menyertai program realiti itu.

“Semua orang pasti ada perasaan takut apabila berdepan kejadian mistik.

“Bagi saya, manusia bukan satu-satunya makhluk Allah yang hidup atas muka bumi ini. Kita kena akur, ada makhluk lain selain kita.

“Jika ada manusia berbuat demikian, maknanya tak percaya diri dan bakat yang diberikan,” katanya.

Berbicara soal jodoh, Nina yang sudah lebih 17 tahun menjalani hidup solo masih belum terfikir untuk kembali berumah tangga.

Tambah Nina, dia kini bahagia dengan kehidupan bersama dua cahaya mata dan kehidupannya serba serbi cukup.

Katanya, andai ada yang ingin mendekati, kriteria pertama haruslah beriman dan mempunyai kedudukan kewangan kukuh kerana dia tidak mahu menanggung ‘biawak hidup’.

“Setakat ini, saya memang tak mencari, lagipun ibu bapa pernah bergurau, tiada lelaki berani mendekati kerana takut melihat kehidupan saya.

“Buat masa ini, saya tak rasa satu keperluan untuk mencari pasangan. Mereka yang mencari mungkin sebab ada keperluan, sedangkan saya sudah ada segala-galanya termasuk keluarga dan anak.

“Bagi saya, apa yang lebih penting, kita perlu bersyukur dengan apa yang ada,” katanya.

Nina pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan dari Kelantan, Datuk Shukri Mohamed pada 2005, bagaimanapun bercerai pada 2008.

Kini, bahagia ditemani dua cahaya mata iaitu Rahmat Azharin Azhar, 9, dan Redha Azharin Azhar, 6, yang semakin membesar.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker