Anwar mengadap Agong, ‘keluahan’ rakyat borneo akan ditangani
Semua keluhan rakyat yang disuarakan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu Kembara Kenali Borneo akan diteliti serta diselesaikan dengan sebaiknya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memberi jaminan tersebut, berkata Al-Sultan Abdullah masih sangat terkesan dengan pengalaman dilalui baginda dalam kembara yang berlangsung selama 11 hari itu.
“Pada Khamis lepas, saya menghadap Yang di-Pertuan Agong dan baginda masih sangat terkesan bicara dengan penuh perasaan bergelinang air mata kerana terpegun terkesan dengan kasih sayang rakyat tunjukkan kepada baginda berdua,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Kuching malam tadi.
Rombongan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah memulakan perjalanan kembara itu di Tawau, Sabah pada 3 Sept lepas sebelum mengakhiri penjelajahan selama 11 hari di Telok Melano di selatan Sarawak pada 13 Sept.
“Seluruh negara, bukan sahaja Sabah dan Sarawak, dikejutkan dengan sambutan hangat serta tunjuk rasa kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong (sepanjang kembara itu),” katanya.
Anwar juga berkata Sarawak berjaya melangkah jauh daripada imejnya sewaktu Malaysia ditubuhkan 60 tahun dahulu untuk menjadi negeri paling ke depan di negara ini dan berpotensi menjadi lebih maju lagi.
“Hari ini Sarawak bukan Sarawak pada 1963. Hari ini Sarawak mempunyai potensi menjadi rantau atau hab tapak pembangunan industri hijau, hidrogen dan beberapa aspek hiliran yang paling hebat di rantau Asean ini,” katanya.
Perdana Menteri berkata kesungguhan yang ditunjukkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memajukan negeri itu menerusi beberapa inisiatif baru menyebabkan beliau telah diminta memberi pandangan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri petang semalam di Wisma Bapa Malaysia di Kuching.
“Sebelum mesyuarat Jemaah Menteri tadi, bayangkan kalau dulu kita datang bagi kuliah kepada pemimpin Sarawak, hari ini saya minta Abang Johari beri pandangan dan kuliah kepada Menteri Persekutuan.
“Saya sebut ini tanpa bermaksud untuk memberi pujian berlebihan kepada sahabat saya Abang Johari.
“Tetapi kenyataannya, belum pernah ada mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan di mana pemimpin negeri diminta memberi pandangan tentang kemajuan bidang baru diterokai dengan jayanya berdasarkan pelaksanaan di Sarawak,” katanya.
Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sarawak (GRS) yang memberi dukungan kuat untuk menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagi mewujudkan Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata hanya menerusi kerjasama utuh dalam kalangan komponen Kerajaan Perpaduan ini yang mampu membentuk satu keadaan politik yang stabil dan seterusnya menyatupadukan rakyat bagi mengangkat semula ekonomi negara.
“Kita ada keupayaan itu. Kita pernah cuba mencapai mercu yang lebih baik, kemudian kita merudum, jatuh.
“Sekarang dengan semangat perpaduan ini, dengan keadaan politik yang stabil ini, kerajaan dapat memanfaatkan seluruh kekuatan untuk membela nasib rakyat Malaysia,” katanya.
Perdana menteri berkata kesan daripada kerjasama ini juga membolehkan Kerajaan Perpaduan menumpukan strategi pembangunan di Sabah dan Sarawak khususnya dalam mempersiap kedua-dua wilayah itu susulan perancangan Indonesia untuk memindahkan ibu negaranya ke Nusantara di Kalimantan.
– Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin diketepikan, Mahathir dilantik penasihat negeri diperintah PN
- Najib mahu AGC sahkan memo bocor benar-benar wujud dan tulen
- Syed Saddiq ayam jaguh tapi ekor bergelumang tahi
- Rasuah Jana Wibawa, Adam Radlan dibicara Mei tahun depan
- Chegubard mengaku ditangkap kerana gagal hadir membantu siasatan
- Fasha Sandha mandi dengan suami buat netizen jadi panas (Video)
- Anakanda Agong, Raja Permaisuri, tampan dan cantik
- Saya bersedia untuk poligami tapi dia tinggalkan saya – Fauziah
- ‘Mengapa kahwin dengan saya kalau nak jadi curang’!
- Ahli Parlimen Melayu DAP sokong perhimpunan “Selamatkan Malaysia”
- Anak Que Haidar macam Barbie (Video)
- Demo anti-Zahid pindah tempat, Kampung Bharu jadi ‘kambing hitam’
- Fasha kehilangan ramai ‘followers’ kerana ‘upload’ aksi ghairah
- Bekas menantu Zainal Abidin rayu jangan seksanya lagi
- Farid, Diana mahu rujuk semula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET