Mat Sabu sindir PAS, pesan pada ahli Amanah jauhi amalan takfiri

PETALING JAYA: Presiden Amanah Mohamad Sabu mengingatkan ahli menjauhi amalan takfiri, melabel dan mengkeji sesama insan sempena ulang tahun kelapan penubuhan parti itu hari ini.

Beliau menyeru ahli Amanah membudayakan politik matang, berintegriti dan politik hujah bersandarkan fakta serta kebenaran.

“Saya ingin mengingatkan diri saya dan semua ahli agar sentiasa menjaga dan mempamerkan akhlak mulia, seperti diajar Rasulullah.

“Ingatlah, kebenaran akan sentiasa berpihak pada pihak yang benar,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, di Facebook

Mohamad berkata, sejak mula tertubuhnya Amanah sehingga hari ini, banyak ujian dan dugaan ditempuh, namun perjuangan untuk memposisikan parti itu sebagai wadah politik Islam progresif bersifat inklusif serta peduli dengan keluh-kesah rakyat belum selesai.

“Dahulu ada yang kata Amanah ini hanya parti nyamuk, yang riwayatnya takkan lebih dua tahun. Alhamdulillah hari ini, 16 Sept 2023 kita semua bersyukur dan berbangga untuk menyambut ulang tahun kelapan penubuhan Amanah.

“Semangat kita semua tak pernah luntur. Dari setahun ke setahun kita terus istiqamah untuk memartabatkan Islam sebagai agama yang membawa rahmat untuk semua,” katanya.

Beliau menegaskan banyak lagi usaha perlu dibuat untuk mencapai matlamat itu.

Amanah adalah serpihan PAS yang  ditubuhkan pada 16 Sept 2015 oleh beberapa pemimpin yang tidak berpuas hati dengan hala tuju parti Islam itu, terutama selepas ia memutuskan untuk meninggalkan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat ketika itu.

Parti itu kemudian bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk membentuk gabungan Pakatan Harapan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker