Sindiket seludup warga Pakistan ‘cari isteri’ tumpas
Sindiket seludup warga Pakistan ‘cari isteri’ tumpas
Lelaki Pakistan yang menyasarkan wanita tempatan untuk dijadikan isteri, ditahan selepas dipercayai menjadi dalang utama sindiket penyeludupan manusia yang masuk menerusi sempadan negara di Kelantan.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata suspek ditahan bersama tujuh lagi rakan senegaranya dalam serbuan Ops Gelombang IV di beberapa lokasi sekitar Kelantan Isnin lalu.
Sindiket berkenaan dipercayai aktif membawa masuk warga Pakistan ke negara ini sejak Mei 2022 untuk bekerja secara haram dan menyasarkan wanita warga tempatan sebagai isteri.
“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Pakistan yang menaiki pesawat dan mendarat di Thailand.
“Kemudian mereka akan dibawa melalui pangkalan haram melintasi sempadan Malaysia -Thailand dan mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 bagi seorang,” katanya dalam kenyataan.
Ruslin berkata, berdasarkan maklumat risikan dua pasukan digerakkan ke dua lokasi bagi memintas kenderaan dinaiki suspek dan PATI yang dipercayai baru diseludup.
“Pasukan operasi memintas kenderaan yang dinaiki sindiket ini di Pasir Mas, Kelantan dan menahan tiga lelaki Pakistan yang yang terdiri daripada transporter dan PATI yang diseludup masuk.
“Pasukan kedua pula menahan lima lelaki Pakistan termasuk dalang utama dalam serbuan di sebuah kediaman di Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan disyaki dijadikan sebagai transit,” katanya.
Ruslin berkata, pihaknya merampas wang tunai RM2,000, pasport Pakistan tidak mempunyai cap masuk (lapan), dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) serta sedan disyaki digunakan untuk menyeludup.
Beliau berkata, semua PATI yang diseludup akan dihantar ke beberapa destinasi tertentu antaranya sekitar Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru dipercayai untuk bekerja.
“Dalang utama sindiket ini adalah pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang Suami Kepada Warganegara manakala transporter berkenaan adalah pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah laku.
“Dalang dan transporter terbabit ditahan mengikut Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 manakala enam PATI ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966,” katanya. BH
Sindiket seludup warga Pakistan ‘cari isteri’ tumpas
Baca Artikel Menarik:
- Bingkaikan nama anak pertama pilihan Agong, guru teruja
- Pemimpin AMK jangan main keadilan bela kroni – Nur Jazlan
- Dicabul pempengaruh popular, Serene kesal dituduh dahaga perhatian
- Rasuah Jana Wibawa, Adam Radlan dibicara Mei tahun depan
- Akmal suruh Rafizi hormat hak Agong dalam isu pengampunan seperti yang telah diterima Anwar
- Cara terbalikkan diabetes jenis 2
- Mana kitab Hadi ketika pemimpin PAS dapat DNAA, soal Faiz
- Ayah campak, mama pula tumbuk mata saya – Waldan
- Ruhainies nafi besarkan buah dada
- Mayat makhluk asing ditemui
- Isham tak hadir pun mesyuarat MKT UMNO semalam
- Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar
- Kalau tak salah apa yang Muhyiddin takut?
- Pemuda terkejut bakal ‘isteri’ sebenarnya lelaki, terus batalkan perkahwinan serta merta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali
Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.