Menteri tanggung bil penduduk kerana Air Selangor enggan beri rebet

PETALING JAYA: Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai akan membayar bil air bulan September untuk 500 premis di Taman Bangsar yang mengalami gangguan bekalan air akibat paip pecah.

Ahli Parlimennya Fahmi Fadzil berkata kerosakan disebabkan tekanan tinggi akibat kerja penggantian paip di Jalan Maarof itu mengakibatkan penduduk mengalami gangguan bekalan air lima kali berturut-turut.

Menurut Fahmi, pejabatnya ada memohon Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memberikan rebat kepada 500 premis berdepan keadaan tidak selesa berpanjangan itu, namun tidak mendapat persetujuan.



“Oleh itu, pihak Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai akan bantu bayarkan bil bulan September untuk 500 buah rumah yang terjejas ini,” katanya di Facebook.

Fahmi yang juga menteri komunikasi dan digital turut meminta Air Selangor memantapkan komunikasi komuniti termasuk bekerjasama dengan Jabatan Penerangan dan majlis perwakilan penduduk untuk menyalurkan maklumat.

“Satu sesi temu rakyat akan diadakan tak lama lagi melibatkan Air Selangor, penyedia perkhidmatan utiliti lain, dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendengar isu rakyat khususnya penduduk Bangsar,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA



Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker