2 beranak cari kepah terjumpa mayat di Sabak Bernam

Satu mayat lelaki ditemui terdampar di Pantai Siput Bumi Hijau, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Ketua Polis Sabak Bernam, Agus Salim Mohd Alias berkata mayat disyaki warga asing itu ditemui dua beranak ketika mencari kepah di kawasan terbabit.

Katanya, polis ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 10.45 pagi tadi.



Beliau berkata, saksi dan ibunya yang sedang berjalan kaki mencari kepah terhidu bau busuk dan pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar menjumpai seorang lelaki terbaring di atas pantai serta dihurungi lalat.

“Saksi segera berhubung dengan pihak polis,” katanya menurut Harian Metro.

“Tiada sebarang pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan tidak dijumpai sebarang senjata atau objek mencurigakan di kawasan si mati dijumpai.”

Katanya, tiada kesan kecederaan dan luka ditemui pada badan mangsa, selain tiada kesan suntikan BCG.



“Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat. Kertas siasatan mati mengejut dibuka sehingga hasil bedah siasat diperolehi.”

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu



Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker