Anwar mungkin beri penjelasan isu DNAA Zahid

Anwar mungkin beri penjelasan isu DNAA Zahid

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk memberi penjelasan berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Parlimen.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Nasyrul Quran di sini, hari ini.

“Mungkin, insya-Allah” katanya ringkas.

Semalam, seorang penyokong kerajaan menggesa Perdana Menteri memberi penjelasan sendiri di Dewan Rakyat mengenai keputusan DNAA Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi.

Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang menyifatkan langkah itu penting bagi membolehkan ahli Parlimen pembangkang mendapat penjelasan sebenar.

Katanya, adalah lebih baik Perdana Menteri menjelaskan sendiri isu berkaitan Presiden UMNO itu berbanding kenyataan yang dilaporkan di media.

Terdahulu, Anwar menyempurnakan Solidariti Wakaf Sejuta al-Quran dan Majlis Penghantaran Tiga Kontena.

Majlis itu susulan keputusan Malaysia mencetak dan mengedarkan sejuta naskhah al-Quran ke seluruh dunia, sebagai tindak balas terhadap pembakaran kitab suci umat Islam itu. BH

Anwar mungkin beri penjelasan isu DNAA Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)

Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker