Messi tipu FIFA

Messi tipu FIFA

Lionel Messi memegang jawatan baharu ketika Argentina menang 3-0 ke atas Bolivia.

Kapten Argentina itu terpaksa diketepikan bagi perlawanan itu kerana kecederaan tetapi dia didaftarkan sebagai penolong jurulatih dalam skuad kendalian Lionel Scaloni.



Max Grillo dari TNT Sports melaporkan Messi boleh duduk di bangku pemain simpanan sekalipun tidak didaftar dalam skuad selepas dia mengisi satu borang FIFA menyatakan jawatannya sebagai penolong jurulatih.

Messi, yang kini beraksi dengan Inter Miami dalam Major League Soccer, mengalami kecederaan ketika menentang Ecuador pada aksi terdahulu.

Di sebalik kecederaan itu, dia masih mampu menjaringkan gol tunggal kemenangan menerusi sepakan percuma melencong yang mengagumkan.

Scaloni berpendapat lebih baik tidak mengambil risiko ke atas Messi menentang Bolivia apatah lagi hakikat bandar La Paz terletak 3,625 meter di atas paras laut.



Oksigen amat nipis di Stadium Hernando Siles dan menjadi perkara biasa pasukan lawan berehat dalam perlawanan untuk menyedut oksigen.

Messi pernah bergelut di stadium itu sebelum ini ketika dia menjadi sebahagian daripada pasukan Argentina kendalian Diego Maradona yang tumbang 6-1 di tangan Bolivia pada tahun 2009. BH

Messi tipu FIFA

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker