Pelajar bertumbuk berebut kekasih


Pelajar bertumbuk berebut kekasih

KOTA BHARU: Dua pelajar lelaki yang bertumbuk di Kampung Bukit Kecik, Melor di sini, pada 7 September lalu, dipercayai disebabkan berebut kekasih.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata setakat ini pihaknya sudah memanggil lima pelajar yang juga saksi tampil memberi kenyataan.

Beliau berkata, lima pelajar berusia 14 dan 15 tahun itu dipanggil untuk melengkapkan siasatan kejadian berkenaan.

“Hasil siasatan, kita percaya ia disebabkan cinta dalam kalangan pelajar sekolah yang menyebabkan cemburu.

“Hasil laporan polis dan tular video kejadian, polis membuat siasatan termasuk mengambil keterangan lima saksi. Kita berjaya mengenal pasti dua remaja dalam kes itu (bertumbuk) iaitu pelajar berusia 14 tahun dan 15 tahun.

“Sebelum itu, mereka berjanji hendak jumpa di suatu tempat untuk beradu kekuatan dan rakan-rakan yang tahu kemudian hadir menjadi penonton,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak polis akan menangani kegiatan yang tidak bermoral dan benda yang tidak baik dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja.

Menurutnya, polis mengambil inisiatif dengan membuat siasatan dan menasihatkan kepada semua supaya tidak melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Media sebelum ini melaporkan, Polis Kelantan menerima laporan berhubung insiden itu selepas mengesan satu rakaman video berdurasi 46 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Inforoblock pada jam 11.07 pagi kelmarin yang memaparkan dua pelajar lelaki sedang bertumbuk di kawasan tanah lapang disaksikan oleh sekumpulan remaja lelaki lain. BH

Pelajar bertumbuk berebut kekasih

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)

Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker