Keliru jenis vaksin, wartawan tuntut kerajaan bayar RM250,000

Keliru jenis vaksin, wartawan tuntut kerajaan bayar RM250,000

Seorang wartawan menuntut RM250,000 daripada Kementerian Kesihatan (KKM) susulan kekeliruan berkaitan jenis vaksin diterimanya.

Notis tuntutan guaman itu dihantar kepada seorang pegawai kesihatan yang dipercayai mengawal selia pemberian vaksin di daerah Hulu Langat Selangor.



Ravi Muniandy, yang berkhidmat dengan sebuah akhbar Tamil, menghantar notis tuntutan guaman itu melalui Tetuan M Manoharan & Co semalam.

Peguamnya M Manoharan ketika dihubungi Malaysiakini berkata lelaki 47 tahun itu memberikan masa 14 hari kepada KKM untuk memberikan ganti rugi am atau berdepan saman di mahkamah.

“Kesilapan pihak KKM menyebabkan anak guam saya mengalami tekanan dan kesakitan mental sehingga terpaksa mendapat nasihat pakar psikologi yang disarankan oleh pihak KKM.

“Kini dia terpaksa mengambil vaksin jenis Pfizer dengan ragu-ragu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.



Manoharan (atas) berkata Ravi baru mengambil suntikan kedua pada hari ini, walaupun telah menerima suntikan pertama kira-kira dua bulan lalu (16 Jun).

Julai lalu, wartawan itu membuat laporan polis terhadap KKM selepas menerima kad janji temu Sinovac, selepas mendapat suntikan Pfizer.

Manoharan berkata anak guamnya tidak berani berbuat demikian kerana diberitahu ujian darah tidak dapat dibuat untuk menentukan jenis vaksin pertama diterimanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi doktor itu serta KKM berkaitan isu ini. Mk



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Keliru jenis vaksin, wartawan tuntut kerajaan bayar RM250,000


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker