Rombak atau tutup J-Kom

Rombak atau tutup J-Kom

Kerajaan perlu menimbang sama ada menutup Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) atau sekurang-kurangnya melakukan rombakan dalam operasinya, kata pakar politik dan media.

J-Kom yang sepatutnya berperanan sebagai cabang komunikasi kerajaan, yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri ditugaskan menyampai mesej Putrajaya kepada rakyat.

Bagaimanapun, unit berkenaan dibelenggu kontroversi sejak penubuhannya pada 2021 dengan Pakatan Harapan (PH) mengancam tidak mengundi bagi kelulusan bajet ketika ia mula dicadangkan.

Ahmad Faisal Fiah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkata seakan fungsinya ada bertindan dengan Kementerian Komunikasi dan Digital.

“Jika tugas dan fungsi J-Kom sudah bertindih dengan kementerian itu, ia berlebihan dan tiada tujuan.

“Apabila berkongsi maklumat dengan orang awam, tiada perbezaan antara mereka,” katanya kepada FMT.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakui kerajaan boleh melakukan lebih baik lagi dalam berkomunikasi dengan rakyat, pada PRN enam negeri bulan lalu.

Felo Majlis Profesor Negara Jeniri Amir, berkata kerajaan perlu merombak J-Kom. Beliau mendakwa kegagalan unit tersebut menyampaikan dasar kerajaan dan menjawab kenyataan pembangkang menyumbang kejayaan Perikatan Nasional pada PRN Ogos lalu.

“Komunikasi memainkan peranan penting menyampaikan naratif dan membentuk pemikiran awam. Membentuk persepsi awam cukup penting terutama menjelang pilihan raya,” katanya.

Asrul Hadi Abdullah Sani dari Bower Group Asia, pula berkata kurangnya strategi komunikasi menyeluruh bukan punca utama menyumbang prestasi PH pada PRN baru-baru ini.

“Bagaimanapun, komunikasi lebih baik pastinya membantu pengundi memahami dasar kerajaan dalam menangani isu utama seperti kos sara hidup dan pengangguran,” katanya. FMT

Rombak atau tutup J-Kom

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker