Terbuka China: Aaron-Wooi Yik gagal jadi juara
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus kemarau kejuaraan dalam saingan Jelajah Dunia BWF (Persekutuan Badminton Dunia) selepas tewas pada perlawanan akhir kejohanan Terbuka China sebentar tadi.
Pada aksi final yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou itu, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur tewas 12-21, 14-21 kepada gandingan tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam tempoh 26 minit sahaja.
Aksi beregu No.6 dunia itu dilihat cukup berbeza jika dibandingkan ketika mereka menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di separuh akhir semalam.
Kelebihan beraksi di laman sendiri turut membantu Wei Keng-Wang Chang pada perlawanan akhir itu apabila mereka diihat bermain lebih tenang berbanding Aaron-Wooi Yik yang melakukan banyak kesilapan mudah.
Selaku juara, Wei Keng-Wang Chang membawa pulang hadiah wang tunai AS$148,000 (RM692,122) berserta trofi, manakala Aaron-Wooi Yik berpuas hati dengan AS$70,000 (RM327,355) dan trofi.
Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik yang mula digandingkan sejak 2017 masih belum meraih sebarang kejuaraan dalam saingan Jelajah Dunia meskipun sudah memiliki gelaran dunia ketika muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia tahun lalu.
Berakhirnya Terbuka China, Aaron-Wooi Yik perlu melakukan persiapan bagi menghadapi aksi Terbuka Hong Kong yang akan membuka tirainya bermula 12 hingga 17 September ini.
Dalam pada itu, gelaran perseorangan lelaki menjadi milik pemain No.1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen yang berjaya menundukkan wakil tuan rumah, Lu Guang Zu menerusi aksi straight set 21-16, 21-19.
An Se Young dari Korea Selatan mengungguli acara perseorangan wanita apabila menang 21-10, 21-19 ke atas pemain Jepun, Akane Yamaguchi manakala gelaran beregu wanita dimenangi pasangan China, Cheng Qing Chen-Jia Yi Fan selepas menewaskan Baek Ha Na-Lee So Hee.
Sementara itu, juara dunia beregu campuran dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung mengekalkan momentum kemenangan selepas membenam pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-19, 21-12.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan
- Abby Abadi jumpa keluarga mangsa penyondol
- Abby Abadi diserang di Instagram, apa salah ibunya
- Muda nak keluar, silakan – Adun PKR
- Abby Abadi respon isu anaknya sondol suami orang
- Britney bogel lagi ketika berkuda
- KP Umno taja caruman Perkeso penghantar makanan
- Ustazah Asma tak benar suami kahwin lain
- Sebab Bung Moktar dibebaskan mahkamah
- Putri Ariani pukau juri di separuh akhir AGT
- Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil
- Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling
- DNAA Zahid, nak ikut persepsi atau fakta kes?
- Mimi Lana kecewa dituduh cium di kelab malam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri