Terbuka China: Aaron-Wooi Yik berjaya bawa negara ke final

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk mendakap gelaran pertama mereka tahun ini apabila mara ke final Terbuka China di Changzhou.

Pasangan di ranking keenam dunia itu menewaskan juara dunia baharu dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae 21-18, 21-17 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Gimnasium Olimpik sebentar tadi.

Kemenangan dalam tempoh 41 minit itu secara tidak langsung menebus kekecewaan Aaron-Wooi Yik selepas tewas 21-23, 13-21 kepada beregu No.4 dunia tersebut pada separuh akhir Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark bulan lalu.

Di final esok, Aaron-Wooi Yik akan bertemu beregu No.3 dunia dari China, Liang Weikeng-Wang Chang yang mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-16, 20-22, 22-20 hari ini.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik tahun ini adalah naib juara Terbuka India pada Januari dan Terbuka Indonesia (Jun) selain tempat ketiga Terbuka Singapura (Jun) serta gangsa Kejohanan Dunia 2023 bulan lalu.

Kali terakhir Aaron-Wooi Yik mendakap gelaran antarabangsa adalah sewaktu menjuarai Kejohanan Dunia edisi tahun lalu di Tokyo, Jepun pada Ogos 2022.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker