Gempa Bumi Maghribi: Gelap gelita dengar orang menjerit, menangis

‘Suasana gelap gelita hanya dengar orang lari menjerit dan menangis sahaja’

Itulah suasana yang digambarkan oleh Muhammad Hafidzul Haqeem Noor Zaidi, 20, yang merupakan salah seorang pelajar berada di Maghribi ketika kejadian gempa bumi berlaku malam semalam.

Ujarnya yang merupakan pelajar Universiti Cadi Iyyadh, dia baru sahaja tiba di rumah yang terletak di Daudiyat, Marrakesh, bersama seorang rakannya kira-kira pukul 11 malam setelah makan di kedai berdekatan.

“Ketika kami duduk di ruang tamu, terasa gegaran. Mula-mula saya ingat jiran buat pengubahsuaian rumah. Tetapi makin lama gegaran makin kuat selama seminit. Saya jengah luar, terus ‘blackout’ dan suasana jadi gelap gelita.

“Ketika itu gegaran masih lagi terasa tetapi perlahan. Saya dan kawan nak lari ke depan rumah tak boleh sebab penuh pembangunan. Jadi kami tawakal dari tingkat dua terus lari naik ke bumbung tingkat tiga.

“Waktu di atas memang dengar orang berlari, menjerit, menangis tambah pula belakang rumah kami hospital. Jadi dengar bunyi ambulans bersilih-ganti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, setelah gegaran berkurangan, dia dan kawannya berkumpul bersama orang ramai di satu kawasan lapang sehingga pukul 3 pagi kerana terdapat kemungkinan akan terjadinya gegaran kedua.

Mengulas lanjut, Muhammad Hafidzul Haqeem yang merupakan pelajar jurusan Pengajian Islam berkata, rumahnya mengalami keretakan sedikit di bahagian dinding bumbung akibat gegaran tersebut.

“Barang-barang lain dalam rumah memang semua jatuh tapi alhamdulillah tiada yang rosak. Malam tadi saya dengan kawan memang tawakal masa tidur di rumah, alhamdulillah kami berada dalam keadaan baik.

“Di kawasan kami, Daudiyat ini pun kebanyakan bangunan masih dalam keadaan sempurna. Saya dan kawan bersyukur kami selamat dalam gempa bumi ini,” katanya.

Gempa bumi kali ini paling dahsyat pernah melanda Maghribi dalam tempoh beberapa dekad membunuh sekurang-kurangnya 828 orang.

Gempa kuat berukuran 6.8 pada skala Richter itu menggegarkan sebuah kawasan pergunungan sekitar 72 kilometer ke barat daya kota pelancongan, Marrakesh pukul 11.11 malam semalam (waktu tempatan), lapor Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat. – KOSMO! ONLINE

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker