Pengawal curi duit mahkamah untuk beli arak

Pengawal curi duit mahkamah untuk beli arak

MELAKA: Seorang pengawal keselamatan ditahan selepas dipercayai memecah masuk Pejabat Tanggungjawab (PTJ), Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh dan mencuri wang dari peti tunai.

Difahamkan suspek berusia 25 tahun itu sudah ‘berjoli’ wang berjumlah RM835 itu untuk kegunaan sendiri termasuk membeli minuman keras.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata pihaknya menerima laporan kejadian oleh PTJ di Balai Polis Bukit Baru, Selasa lalu.

Berdasarkan laporan itu, kerani menyatakan dia menyedari wang RM835 disimpannya hilang ketika memeriksa peti tunai di pejabat PTJ pada 1.15 tengah hari, Selasa lalu.

“Semasa pengadu tinggalkan peti pada 25 Ogos lalu, ia dalam keadaan baik dan berkunci.

“Sebaik memeriksa di pejabat, dia mendapati ada kesan pecah masuk di bahagian tingkap sebelum membuat laporan polis bagi siasatan lanjut,” katanya dihubungi.

Christopher berkata, pihaknya menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada 12.30 tengah hari semalam.

“Hasil siasatan, suspek berusia 25 tahun itu dan baru dua bulan bekerja itu mengaku terbabit kes itu dan kes pecah masuk kafe mahkamah.

“Ujian saringan air kencing adalah negatif dan suspek juga tiada rekod jenayah,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. BH

Pengawal curi duit mahkamah untuk beli arak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker