Menteri nafi 5 hadis dikeluar daripada modul

Menteri nafi 5 hadis dikeluar daripada modul

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menafikan dakwaan kementeriannya sudah mengeluarkan lima hadis daripada Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.

Ini kerana katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam proses memuktamadkan hadis itu dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak.



“Saya fikir perlu beri ruang kepada kita dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk perhalusi isu ini agar ia berjaya dilaksanakan untuk anak-anak Muslim dan sekolah agama,” katanya selepas sesi Town Hall Sinar Harian bersama Menteri Pendidikan di Shah Alam.

Beliau mengulas dakwaan Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy bahawa KPM sudah mengeluarkan lima hadis itu.

Mengenai kemungkinan ada di antara hadis itu digugurkan, Fadhlina mengulangi mereka sedang memuktamadkannya.

Modul penghayatan hadis itu dilancarkan Ogos lalu bagi memupuk nilai sabda atau hadis Rasulullah di peringkat sekolah.



Modul itu akan diperkenalkan di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) sebelum dilancarkan ke sekolah awam lain. FMT

Menteri nafi 5 hadis dikeluar daripada modul

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker