Mengapa pakaian ihram dan kain kapan berwarna putih?

Mengapa pakaian ihram dan kain kapan berwarna putih?

Manakala bahagian akhir hadis tersebut juga ada menyebut, “kapankan mayat kamu dengan kain berwarna putih”. Menjawab kenyataan ini pertama sekali Prof. Norhisham menjelaskan, simbolik kain kapan putih itu adalah kapas. Memang kapas itu warna putih dan tidak ada warna yang selain daripada itu. Jadi, memang Tuhan telah ciptakan di dalam ketetapan Nya bahawa kain kapas itu putih. Maka apabila Rasulullah s.a.w bersabda,

“Kapankan mayat kamu dengan kain berwarna putih” bolehlah dikatakan bahawa kain kapas putih tidak menyerap radiasi sebaliknya membiaskan radiasi. Sebab itulah apabila kita menonton filem Alien dan Predator selalunya digambarkan sesiapa yang memakai pakaian kapas putih maka mereka akan selamat.

Hal itu terjadi kerana kain kapas putih tidak akan dapat dikesan, ditembusi gelombang dan sebaliknya ia akan dibiaskan balik. Sebabnya kapas itu ada banyak neutron dan tidak ada cas. Apabila tidak ada cas maknanya jika ada frekuensi yang hendak masuk maka ia akan ditendang balik atau dibiaskan dan kita hanya akan dapat elektron cas negatif.

Kain kapas mesti berwarna putih baru memberi manfaat kepada kita tapi apabila telah diwarnakan dengan warna lain maka ia sudah mengganggu reaksi kimia secara semula jadi. Itulah sebabnya mayat orang Islam sunat dikapankan dengan kain kapas putih kerana kita tidak mahu membawa kebendaan apabila meninggal.

Dari sudut yang lain pula boleh dijelaskan bahawa warna menghasilkan bunyi, bunyi yang ringan dan halus lagi lembut adalah putih berbeza dengan warna lain yang berat ukuran bunyinya. Apabila berada di alam barzakh maka kita kena berada di dalam keadaan ringan maknanya tidak ada kacau bilau dan perkara yang remeh temeh.

Simboliknya putih adalah kapas dan kapas itu adalah pembias radiasi kerana warna putihnya bertindak secara semula jadi menyusun frekuensi serta menolak maklumat yang tidak baik.

Ihram putih dan Kaabah

Begitu juga halnya, jika berada di hadapan Kaabah dengan berihram putih serta-merta hati akan dipagut kesayuan, syahdu tanpa dipaksa air mata akan mengalir. Namun tangisan itu bukanlah tangisan kedukaan, kekecewaan ia adalah kerana hati sudah diamuk hening.

Walaupun orang itu seorang yang sangat ganas, ego, riak dan degil di muka bumi tapi apabila sampai di kawasan yang diselubungi oleh putih dan banyak elektron, maka ia akan tewas serta lemah longlai hatinya.

Beritahu Prof. Norhisham, warna putih yang memiliki elektron tinggi dan ion negatif itulah yang merangsang rohaniah. Hidup manusia memang penuh dengan kekotoran kerana terlalu banyak ion positif yang berpunca daripada pemakanan dan persekitaran.

Semua kekotoran itu akan hilang apabila ibadat tawaf dilakukan dengan pakaian ihram putih tanpa berjahit bagi lelaki. Tidak berjahit itu adalah simbolik kepada kebebasan maksudnya hanya ada diri kita dan Allah sahaja ketika itu tanpa wujud gangguan lain.

Terangnya, apabila tawaf mengelilingi Kaabah tujuh kali sebenarnya kita menerbitkan satu sinar yang melemparkan elektron kepada Kaabah. Maknanya apabila ada gerakan maka akan ada cahaya, ketika tawaf semua anggota badan kita kan mengeluarkan cahaya dan cahaya kotor dari badan dipancarkan ke batu hajarulaswad.

Ditambah pula dengan bentuk Kaabah yang dibina dengan bentuk empat persegi tepat dan diselubungi dengan kain hitam menjadikannya penyerap paling stabil semua cahaya, gelombang yang datang. Wallahu a’lam Utv

Mengapa pakaian ihram dan kain kapan berwarna putih?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker