Nassuruddin saman dua Adun, ketua Umno Kelantan

Nassuruddin saman dua Adun, ketua Umno Kelantan

Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud hari ini memberitahu, pihaknya sudah memulakan proses menyaman Adun Galas, Mohd Shahbuddin Hashim, dan akan bertindak sama ke atas dua individu lain berhubung tuduhan membawa fikrah takfiri.

Kata menteri besar baru itu surat tuntutan sudah dihantar kepada wakil rakyat dari Umno itu.

Dua lagi tindakan mahkamah, katanya, akan turut dibuat terhadap Adun pembangkang di DUN Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim, serta Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub.

“Mereka saman saya, (tetapi) saya saman mereka juga sebenarnya kerana dalam kenyataan mereka disebut bahawa saya membawa fikrah takfiri.

“Saya tak tahu dia faham ke tak faham apa itu fikrah takfiri, iaitu mengkafirkan orang. Bila masa saya mengkafirkan orang? Saya tak pernah mengkafikan orang,” katanya ketika ditemui media selepas majlis angkat sumpah Adun Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Nassuruddin yang juga Adun Meranti menjelaskan, seseorang Muslim memang tidak dibenarkan mengkafirkan orang Islam lain.

“Sepanjang saya mengajar agama sejak umur 21 tahun, setelah ayah saya meninggal dunia, saya mengajar di surau, masjid, tak pernah sekali pun saya mengkafirkan orang.

“(Hal itu) Kerana saya tahu akibat mengkafirkan orang itu… kalau orang itu tak kafir, kafir itu kembali kepada orang yang menuduh,” tambahnya.

Sebelum itu Nassuruddin ketika berhubung saman dikemukakan dua Adun pembangkang terhadapnya berkait isu kenyataan “menentang perjuangan Islam” sebelum ini.

Mohd Shahbuddin dan Hafidzah (Adun Kota Lama) dilapor mengemukakan saman terhadap Nassuruddin selepas tidak memohon maaf susulan kenyataan yang mendakwa mereka menentang perjuangan Islam.

Kenyataan itu dibuat Nassuruddin semasa memberikan kuliah agama di Medan Ilmu, Kota Bharu.

Dia mendakwa kemenangan PAS dalam pilihan raya negeri baru-baru ini adalah kemenangan perjuangan Islam dan dua kerusi yang dimenangi PH dan BN adalah milik pihak yang “menentang perjuangan Islam”.

Kata Nassuruddin apabila pihak pembangkang menyebut dia membawa fikrah takfiri, itu bermakna mereka menuduhnya mengkafirkan orang,

“Saya saman dia (Mohd Shahbuddin)… peguam saya dah hantar (surat tuntutan) kepada peguam dia.

“Akan menyusul pula (tuntutan kepada ) Adun Kota Lama dan Pengerusi Umno Kelantan (Ahmad Jazlan),” katanya. Mk

Nassuruddin saman dua Adun, ketua Umno Kelantan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker