Pengadil futsal kena ‘flying kick’ (Video)

Pengadil futsal kena ‘flying kick’ (Video)

Petaling Jaya: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pengadil perlawanan futsal dibelasah dalam seperti aksi ‘muay Thai’ oleh seorang pemain di sebuah pusat sukan di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan dibuat mangsa iaitu seorang lelaki berusia 40-an pada jam 12.12 tengah malam 31 Ogos lalu.

“Kejadian dikatakan berlaku di Kompleks Sukan, Jalan PJU 1A/4 Ara Damansara pada 9.45 malam, 29 Ogos.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, suspek yang terbabit kejadian itu sudah dikenal pasti dan akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya di sini, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pengadil yang sedang mengendalikan perlawanan futsal di sebuah pusat sukan dekat Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini dibelasah seperti aksi ‘muay thai’ oleh seorang pemain.

Lebih malang lagi, kejadian terbabit disaksikan sendiri seorang wanita dipercayai isteri kepada pengadil berkenaan sebelum dia berkongsi insiden itu di media sosial.

Wanita terbabit yang menggunakan nama akaun Nnies Adniza berkongsi klip video berdurasi 13 saat yang memaparkan pengadil melayangkan kad merah kepada seorang penjaga gol selepas ia dilihat melakukan kekasaran yang membahayakan pemain lawan.

Namun, secara tiba-tiba seorang pemain ‘naik hantu’ sebelum meluru masuk dan melompat serta menyerang seperti ala Muay Thai dengan menggunakan lutut ke arah belakang badan pengadil berkenaan. HM

[videopress ISzBhJZt]

Pengadil futsal kena ‘flying kick’ (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker