Senarai 115 ilmuan PHD seru sokongan pada Muhyiddin

Seramai 115 ilmuan berkelulusan PhD daripada universiti tempatan mengeluarkan kenyataan bersama bagi menyeru sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Mereka terdiri daripada dua profesor emeritus, 22 profesor, 33 profesor madya dan 58 pensyarah kanan daripada 21 universiti awam (IPTA) dan empat universiti dan kolej universiti swasta (IPTS).

“(Kami) Menyeru supaya semua golongan rakyat memberi penghormatan dan sokongan penuh kepada kerajaan semasa yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menterinya untuk mengemudi negara sehingga dikembalikan mandat untuk PRU15 mengikut peruntukan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Menyeru supaya semua pihak akur kepada sistem politik Malaysia yang berteraskan kedaulatan raja-raja, keluhuran perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen serta menghentikan sebarang propaganda dan usaha yang boleh menggugat kestabilan politik demi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara terpelihara,” jelas kenyataan itu.



Mereka juga meminta semua pihak mengangkat tinggi nilai-nilai kemanusiaan dan keagamaan, melaksanakan urus tadbir yang baik serta memastikan kontrak sosial dan peruntukan teras Perlembagaan Persekutuan, khususnya identiti nasional yang berlandaskan identiti Melayu-Muslim, dipatuhi setiap masa.

Selain itu mereka menyeru semua parti politik yang membentuk kerajaan semasa bergabung secara rasmi dalam Perikatan Nasional (PN), manakala barisan pembangkang dari Pakatan Harapan (PN) membentuk kabinet bayangan sendiri bagi memainkan peranan semak dan imbang.

“Kenyataan media ini dibuat dan dikumpulkan secara sukarela oleh kami semua hanya dalam tempoh tiga hari sahaja atas kesedaran tinggi kami bahawa suara golongan seperti kami mampu mencorakkan hala tuju negara di saat kita sedang berhadapan dengan tempoh kritikal.

“Besarlah harapan kami agar suara kami ini dipandang berat oleh semua pihak yang berkenaan mahupun oleh seluruh rakyat kerana di belakang kami terdapat ratusan lagi Ilmuwan PhD IPT Malaysia yang menyokong kuat usaha kami tanpa mahu mendedahkan nama mereka,” jelas kenyataan tersebut.



Menurut kenyataan itu, persoalan lanjut yang mungkin berbangkit daripada kenyataan bersama itu boleh diajukan kepada jurucakap mereka, Prof Dr Teo Kok Seong dari UKM, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah dari UNISZA dan Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod dari UIAM.

Berikut adalah senarai nama 115 ilmuan terbabit:

Dua profesor emeritus

1. Prof Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Komoo



2. Prof Emeritus Dato’ Dr Wan Hashim Wan Teh

22 profesor

1. Prof Dato’ Dr Abdul Aziz Ab Latif

2. Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek



3. Prof Ir Dr Ahmad Razlan Yusoff

4. Prof Dr Badlihisham Mohd Nasir

5. Prof Dr Haim Hilman Abdullah

6. Prof Ir Dr Hairul Azhar Abdul Rashid



7. Prof Datuk Dr Izaidin Abdul Majid

8. Prof Dr Jamil Hashim

9. Prof Dr Kamaruzzaman Yusof

10. Prof Dr Mansor Mohd Noor



11. Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din

12. Prof Dato Dr Mohd Ismail Abd Aziz

13. Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod

14. Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

15. Prof Datuk Dr Rohana Yusof

16. Prof Dr Sakri Ibrahim

17. Prof Datuk Dr Sidek Baba

18. Prof Dr Supyan Hussin

19. Prof Dato’ Dr Teo Kok Seong

20. Prof Dr Zainuddin Hj Awang

21. Prof Ir Dr Zulfadzli Yusoff

22. Prof Dato Dr Zulkifli Haji Mohd Yusoff

33 profesor madya

1. Prof Madya Dr Abdul Talib Hashim

2. Prof Madya Dr Adi Yasran Abdul Aziz

3. Prof Madya Dr Adlina Ab Halim

4. Prof Madya Dr Ahmad Sunawari Long

5. Prof Madya Dr Ahmad Zainudin Husin

6. Prof Madya Dr Amini Amir Abdullah

7. Prof Madya Dr Aminurraasyid Yatiban

8. Prof Madya Dr Azman Ismail

9. Prof Madya Dr Dayang Maryama Ag Daud

10. Prof Madya Dr Hamidi Ismail

11. Prof Madya Dr Jamal Rizal Razali

12. Prof Madya Dr Mat Zin Mat Kib

13. Prof Madya Dr Mohamad Amran Mohd Salleh

14. Prof Madya Dr Mohamad Faisol Keling

15. Prof Madya Dr Mohd Fuad Mohd Salleh

16. Prof Madya Dr Mohd Hanif Yaacob

17. Prof Madya Dr Mohd Nazir Md Zabit

18. Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid

19. Prof Madya Dr Mohd Zahuri Khairani

20. Kol Prof Madya Dr Mohd Zaini Salleh (B)

21. Prof Madya Dr Mohd Zaki Hamzah

22. Prof Madya Datuk Dr Muhammad Hussin

23. Prof Madya Dr Muhammad Saiful Haq Hussin

24. Prof Madya Dr Mus Chairil Samani

25. Prof Madya Dr Nik Yusri Musa

26. Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

27. Prof Madya Dr Rusdi Omar

28. Prof Madya Dr Saraswathy Chinnasamy @ Sara

29. Prof Madya Dr Saupi Man

30. Prof Madya Dr Shukeri Mohamad

31. Prof Madya Dr Tuan Pah Rokiah Syed Hussain

32. Prof Madya Dr Uswatun Hasanah Zaidan

33. Prof Madya Dr Zairul Anuar Md. Dawam

58 pensyarah kanan

1. Dr Abd. Rahim Romle

2. Dr Abdul Jalil Ali

3. Dr Abdul Syukor Mohamad Jaya

4. Dr Abu Zaki Ismail

5. Dr Abu Zarrin Hj Selamat

6. Dr Ahmad Irdha Mokhtar

7. Dr Aliakbar Gulasan

8. Dr Arnifa Semawi @ Asmawi

9. Dr Azmi Arifin

10. Dr Ernie Mat Tokit

11. Dr Fadzila Abdul Hamid

12. Dr Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid

13. Dr Fakhrorazi Ahmad

14. Dr Ghazali Zainuddin

15. Dr Hailan Salamun

16. Dr Hamdan Aziz

17. Dr Hanif Md Lateh @ Junid

18. Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah

19. Dr Kamarul Azman Mohd Khamis

20. Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff

21. Dr Khairul Anwar Mohamad Khazali

22. Ir Dr M Effendy Yaacob

23. Ar Dr Mansor Surat

24. Dr Mashitah Mohd Udin

25. Dr Mohamad Nazri Abdul Halif

26. Dr Mohd Adnin Hamidi

27. Dr Mohd Afandi Mat Rani

28. Dr Mohd Faizal Abdul Khir

29. Dr Mohd Mahadee Ismail

30. Dr Mohd Nor Husin

31. Dr Mohd Roshdi Hassan

32. Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi

33. Dr Muhammad Azrul Zabidi

34. Dr Muhd Sharfi Najib

35. Dr Muhd Zuhairi Sulaiman

36. Dr Mushaddad Hasbullah

37. Dr Najahudin Lateh

38. Dr Nasrul Hadi Johari

39. Dr Nazarudin Zainun

40. Dr Nik Md Saiful Azizi Nik Abdullah

41. Dr Noor Afiza Mat Razali

42. Dr Noor Hasrul Nizan Mohammad Noor

43. Dr Norazli Muhamad Masrup

44. Dr Nordin Sakke

45. Dr Norfariza Ab Wahab

46. Dr Nur Athiroh Masyaa’il Tan Abdullah

47. Dr Rafidah Hasan

48. Dr Raja Hisyamudin Raja Sulong

49. Dr Razali Muda

50. Dr Rizal Othman

51. Dr Samsudin Wahab

52. Dr Syarbaini Ahmad

53. Dr Syari Jamian

54. Dr Tenku Putri Norishah Tenku Shariman

55. Dr Wan Nasyrudin Wan Abdullah

56. Dr Zahrul Akmal Hj. Damin

57. Dr Zainuddin Omar

58. Dr Zuraidah Zan

Pensyarah pesara dari pelbagai universiti seperti berikut:

Tiga profesor emeritus (pesara)

1. Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Shah Abu Shah (Pesara UITM)

2. Prof Emeritus Dato’ Dr Isahak Haron (Pesara UM)

3. Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar (Pesara UITM)

Tujuh profesor (pesara)

1. Prof Dr Ab Aziz Yusof (Pesara UUM)

2. Prof Dr Ahmad Atory Hussain (Pesara USM)

3. Prof Dr Ismail Ibrahim (Pesara UMS)

4. Prof Dr Mansor Ahmad (Pesara UPM)

5. Prof Dr Mohd. Fauzi Mohd. Jani (Pesara UKM)

6. Prof Ir Dr Wan Ali Wan Mat (Pesara UPNM)

7. Prof Dr Wan Mohtar Wan Yusoff (Pesara UKM)

Lima profesor madya (pesara)

1. Prof Madya Dr Abdul Aziz Hussin (Pesara USM)

2. Prof Madya Dr Ahi Sarok (Pesara UNIMAS)

3. Prof Madya Dr Che Azemi Che Hamid (Pesara UITM)

4. Prof Madya Dr Jeniri Amir (Pesara UNIMAS)

5. Prof Madya Dr Shafaai Musa (Pesara UIAM)

Mkini

Related Articles

One Comment

  1. ala setakat 115 tu apalah sangat berbanding mahathir yang tak mahu tunjuk(sebab tak nak riak) lebih dari seribu(malah ada yang kata berjuta) orang berstatus ‘phd’ juga sokong dia jadi PM lagi

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker