Rundingan kerusi PRN Selangor tidak hanya tertakluk kepada keputusan PRU yang lalu

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata rundingan kerusi bagi pilihan raya negeri (PRN) Selangor tidak hanya akan mengambil kira kerusi yang telah dimenangi BN dan PH kerana  perkara itu bukan satu-satunya pertimbangan yang diambil kira bagi rundingan kerusi berkenaan.

“Kami merasakan bahawa asas PRU14 dan PRU13 sahaja tidak boleh digunakan sebagai basis untuk kita mengutamakan (rundingan kerusi).

“Perbincangan harus diadakan dengan BN dan PH,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Wilayah Persekutuan (FT) di Dataran Pintu Gerbang di Kampung Baru hari ini.



Timbalan perdana menteri itu berkata dia dimaklumkan bahawa pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Megat Zulkairnain Omardin dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari sedang membincangkan perkara itu, namun masih belum ada keputusan muktamad.

Pada pilihan raya 2013, BN memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN di Selangor manakala Pakatan Rakyat ketika itu memenangi 44 kerusi.

Pada PRU14, PH meluaskan penguasaan mereka di Selangor dengan memenangi 51 kerusi, manakala BN memenangi 4.

Enam kerusi PH dimenangi oleh Bersatu – yang merupakan parti komponennya ketika itu – manakala PAS memenangi satu kerusi.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker