Berus pembersih Skitto Clean diperbuat daripada bulu babi

Berus pembersih Skitto Clean diperbuat daripada bulu babi

BANDAR SERI BEGAWAN: Berus pembersih Skitto Clean didapati diperbuat daripada bulu babi, kata Bahagian Kawalan Makanan Halal Kementerian Hal Ehwal Ugama (MoRA) di Jabatan Hal Ehwal Syariah.

Jabatan Perkhidmatan Saintifik Kementerian Kesihatan mengesahkan mengenai kandungan berkenaan selepas terdapat aduan daripada orang ramai berkaitan dengan penemuan barangan tidak halal itu.

Jabatan Hal Ehwal Syariah mengarahkan produk itu, serta barangan lain di bawah jenama berkenaan dikeluarkan daripada rak kedai bagi menghalang orang Islam membeli barangan terbabit.

MoRA juga mengingatkan pemilik perniagaan, pengurus, peruncit, pembekal dan pengimport supaya berwaspada apabila mengimport produk untuk dijual dalam memastikan barangan tidak halal tidak dipamerkan bersama yang halal.

Umat ​​Islam, restoran dan pembekal makanan yang menggunakan produk Skitto Clean, terutama pemilik sijil halal dan permit daripada Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), diarahkan berhenti menggunakan berus dan pembersihan yang betul perlu dilakukan.

Sementara itu, MUIB turut membatalkan sijil halal yang dikeluarkan kepada sebuah kedai makan di Kampong Lambak berkuat kuasa 31 Ogos lalu.

Penarikan balik pensijilan itu disebabkan oleh pelanggaran keperluan halal, terutama kerana menggunakan empat berus yang dibuat dengan bulu babi, menurut kenyataan akhbar MoRA. BH

Berus pembersih Skitto Clean diperbuat daripada bulu babi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker