New York City benarkan laungan azan pada Jumaat, Ramadhan
New York City benarkan laungan azan pada Jumaat, Ramadhan
Datuk Bandar New York City, Eric Adams mengumumkan bandar raya itu akan membenarkan laungan azan pada waktu yang ditetapkan setiap hari Jumaat dan sepanjang Ramadan.
“Sudah terlalu lama wujud kekeliruan mengenai komuniti mana yang tidak dibenarkan untuk melaungkan azan mereka.
“Hari ini, kami mengetepikan kerenah birokrasi dan menyatakan dengan jelas bahawa masjid dan rumah ibadat bebas untuk mengumandangkan azan pada hari Jumaat dan pada bulan Ramadan tanpa perlu memohon kebenaran,” lapor Agensi Anadolu memetik sidang akhbar Adams pada Selasa.
Pada sidang akhbar yang dihadiri oleh wakil dari pelbagai persatuan masjid dan yayasan Islam itu, Adams berkata: “Anda bebas mengamalkan kepercayaan anda di New York City kerana di bawah undang-undang kita semua berhak mendapat layanan yang sama. Pentadbiran kami amat berbangga dengan mencapai pensetujuan ini.”
Mengikut peraturan baharu itu, masjid boleh menyiarkan laungan azan setiap Jumaat antara 12.30 tengah hari dan 1.30 tengah hari, serta sebelum berbuka puasa, setiap petang pada Ramadan.
Pemimpin masyarakat Islam berterima kasih kepada Datuk Bandar dan pegawai lain yang terlibat.
Selepas mesyuarat berakhir, azan dilaungkan dari podium, disertai penjelasannya dalam bahasa Inggeris, katanya. BH
New York City benarkan Laungan azan pada Jumaat, Ramadhan
Baca Artikel Menarik:
- PAS letak syarat kerjasama dengan UMNO
- Wanita histeria cuba simbah air ke arah Jokowi
- Video ‘panas’ Zarul Imran kembali tular
- Untuk menang pilihan raya, Pas setuju tukar agenda negara Islam
- Lelaki ceroboh rumah Nabil untuk lepak didenda RM3,000
- Abang Tesla kena ‘sound’ , ingat pertandingankah ini?
- Ramai malu lihat COEX buat persembahan depan pelajar tahfiz
- Penceramah PAS tarik balik rayuan, akur aset TH tidak dijual pada bukan Islam
- Saya cukup kecewa – Fazura
- Perlu kaji semula tuduhan terhadap Najib – Zahid
- Terbangkan 40 staf ke Korea, Aeril Zafrel belum mahu bersara
- Peguam Negara bercuti sementara tunggu bersara
- Malu wajah tular, pengantin enggan bayar perancang perkahwinan
- Guru terkejut pelajar ajak kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam