Ibu maut selepas pulang jemput anak dari asrama
Ibu maut selepas pulang jemput anak dari asrama
KOTA TINGGI: Seorang ibu maut manakala dua anaknya selamat selepas Proton Exora bertembung dengan Perodua Alza di Jalandhar berhampiran simpang Felda Air Tawar 1, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit di sini, petang Khamis.
Difahamkan mangsa Mariani Omar, 44 yang berasal dari Felda Tenggaroh 2, itu dalam perjalanan pulang selepas mengambil anaknya dari asrama di Bandar Penawar sebelum terbabit dalam nahas jalan raya kira-kira 3.40 petang.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat kemalangan tersebut.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, semasa menerima rawatan. Kemalangan dipercayai berlaku ketika wanita tersebut memandu kereta Proton Exora bersama dengan dua anak berumur antara 18 dan 15 tahun yang dalam perjalanan dari arah Bandar Penawar menghala ke Kota Tinggi.
“Kereta dipandu telah bertembung dengan sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an.
“Kemalangan itu juga menyebabkan pemandu Alza mengalami kecederaan parah dan masih dirawat di HKT. Dua anak si mati selamat dalam kejadian itu, ” katanya. Sinar
Ibu maut selepas pulang jemput anak dari asrama
Baca Artikel Menarik:
- Amelia Henderson patah jari kaki
- ‘Bagi balik helmet ‘fullface’ anak aku’
- Peperiksaan SPM 2023 bermula 5 Disember
- Adun Umno Melaka hadiri majlis pelancaran jentera PN
- Suami Intan Najuwa nampak muda lepas kahwin
- Dah melampau dia ni, nak saman ke tak – Che Ta tanya netizen
- Menantu Zainal Abidin dedah betapa kejamnya bekas suami
- Nad jangan jadi sombong
- Akaun bank Hamzah Zainudin dan keluarga dibekukan LHDN
- Hidayah naik angin Ali Puteh nak bagi motosikal ganti duit
- Motivator umpan pelajar lakukan seks (Video)
- UMNO TIDAK BELA NAJIB?
- Punca Intan Najuwa tak pergi ‘honeymoon’
- Siti Elizad sebak cerita susahnya dapat zuriat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.