Letupan bateri hibrid bukan punca X90 terbakar
SHAH ALAM – Proton Holdings Bhd (Proton) menjelaskan insiden kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu, X90 terbakar seperti yang tular di media sosial pada Rabu, bukan berpunca daripada bateri hibrid (48v).
Proton dalam satu kenyataan memaklumkan, syarikat itu sedang menjalankan siasatan yang teliti dan akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menentukan punca kejadian.
“Kami mengambil maklum berhubung insiden berkenaan dan kenderaan tersebut kini berada dalam simpanan Proton.
“Kami ingin menjelaskan bahawa tiada letupan yang disebabkan oleh bateri hibrid (48v) Proton X90,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Pada Rabu, tular satu video berdurasi tiga minit memaparkan bahagian dalaman kereta Proton X90 berasap dan terbakar.
Katanya lagi, Proton memahami kebimbangan orang ramai dan memohon kerjasama untuk mengelak daripada terlibat dalam perbincangan spekulatif selain menekankan siasatan masih diteruskan.
“Kualiti dan keselamatan produk adalah keutamaan kami, sekali gus ingin meyakinkan pengguna semua model syarikat ini dibangunkan untuk memenuhi piawaian tertinggi.
“Setiap unit menjalani pemeriksaan kualiti dan keselamatan yang ketat sebelum dihantar kepada kami,” ujarnya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Amelia Henderson patah jari kaki
- ‘Bagi balik helmet ‘fullface’ anak aku’
- Peperiksaan SPM 2023 bermula 5 Disember
- Adun Umno Melaka hadiri majlis pelancaran jentera PN
- Suami Intan Najuwa nampak muda lepas kahwin
- Dah melampau dia ni, nak saman ke tak – Che Ta tanya netizen
- Menantu Zainal Abidin dedah betapa kejamnya bekas suami
- Nad jangan jadi sombong
- Akaun bank Hamzah Zainudin dan keluarga dibekukan LHDN
- Hidayah naik angin Ali Puteh nak bagi motosikal ganti duit
- Motivator umpan pelajar lakukan seks (Video)
- UMNO TIDAK BELA NAJIB?
- Punca Intan Najuwa tak pergi ‘honeymoon’
- Siti Elizad sebak cerita susahnya dapat zuriat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET