Tujuh Ahli Parlimen kosongkan kerusi kerana mahu beri tekanan hanya khabar angin
Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) diingatkan bahawa mandat dan watikah yang diberi semasa bertanding pada Pilihan Raya adalah untuk mewakili parti dan bukan untuk diri sendiri.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya yang berhasrat untuk mengosongkan kerusi mereka adalah wajar dilakukan apabila penggal berakhir.
“Itu hanya khabar angin dan kita akan lihat bahawa yang paling penting kita tunggu sehingga akhir penggal.
“Kalau mahu lakukan tindakan politik, sebaliknya kita harus melihat bahawa mandat dan wakah itu diberikan kepada mereka untuk mewakili parti dan bukan untuk diri sendiri.
“Tambahan mereka (Ahli Parlimen BN) telah menandatangani Aku Janji dan juga dalam dokumen yang telah dimeterai (di hadapan Ahmad Zahid),” katanya.
Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis penutupan Madani Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ipoh Super Biker’s Club (ISBC) Sempena Hari Peringatan Polis Ke-216 dan Bulan Kemerdekaan 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam dalam satu rakaman video mendakwa satu desas-desus terdapat tujuh Ahli Parlimen BN akan mengosongkan kerusi itu.
Daripada jumlah itu, empat adalah di Johor selain masing-masing satu di Sabah, Pahang dan negeri di utara tanah air.
Mengulas mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan perkara tersebut telah dibincangkan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Ahmad Zahid berkata, calon yang akan mewakili BN bagi DUN berkenaan akan diperincikan selepas senarai nama diperolehi.
“Saya telah berbincang dengan MB Pahang dan kita telah meneliti bukan hanya keputusan dalam PRU(Pilihan Raya Umum) lalu tetapi kita merasakan bahawa pembangunan DUN Pelangai harus diberi kesinambungan dan diteruskan,” katanya.
Kerusi DUN Pelangai hari ini diisytiharkan kosong susulan penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun terlibat dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lepas
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sanusi pegang 8 portfolio exco berbanding 7 sebelum ini
- Ditembak 2 kali di kepala, masih hidup
- Bersatu hanya dapat 3 daripada 10 jawatan exco Kedah
- Afiq Shazwan jawab isu aksi mesra dengan Fasha
- Aeril Zafrel hadiahkan Brabus 900 Rocket Edition kepada Wawa Zainal
- Pemuda PAS Kelantan dinasihat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
- Guna logo, tema berbeza, tindakan kurang ajar, tak bertanggungjawab
- Penjawat awam negara jiran antara ditahan melacur
- Presiden Gerakan bidas Ketua Pemuda PN
- Guan Eng diarah bayar RM250,000 kepada Azeez
- MB Kelantan berdolak dalih
- A GREAT LEADER IS A GREAT FOLLOWER – DR. RAMALAN YUNUS
- Kenapa bila kalah baru bersuara – penganalisis
- Suami putus zakar tuntut ganti rugi RM167,000 daripada isteri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ