Sudah setahun Najib dizalimi, dimana rakan seperjuangan?
Hari ini genap setahun bekas perdana menteri Najib Razak merengkok di Penjara Kajang.
Facebook ‘Bossku’ mengingatkan perkara itu hari ini bersama mesej mendakwa “genap setahun Najib terus dizalimi”, di samping gambar dia berdoa.
Pada 23 Ogos lalu, sejarah tercipta apabila Najib menjadi perdana menteri pertama Malaysia yang disumbat ke penjara.
Dia dipenjarakan setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta setelah perdana menteri keenam itu kecundang dalam rayuan akhirnya.
Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan akhir bekas menteri kewangan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
Ketika prosiding bermula, peguam bela Hisyam Teh Poh Teik, yang dilantik pada 26 Julai 2022, memohon supaya Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan akhir itu.
Bagaimanapun, permohonan di saat-saat akhir itu ditolak.
Kemunculan Muhammad Shafee Abdullah, yang digugurkan daripada menjadi peguam utama Najib, turut mencuri tumpuan selepas Hisyam memaklumkan bahawa Shafee akan membantunya dalam permohonan menarik diri itu.
Tengku Maimun menolak permohonan itu atas alasan tiada sebab untuk menangguhkan prosiding penarikan dirinya daripada mendengar rayuan Najib dan meminta Hisyam meneruskan hujah.
Sebelum panel hakim membuat keputusan, Najib membacakan pernyataan 20 muka surat dari kandang tertuduh, mendakwa badan kehakiman tidak adil kerana sepanjang minggu sebelum itu, dia menyaksikan peluangnya untuk berjaya dalam rayuan terhakis perlahan-lahan.
Bagaimanapun, Tengku Maimun ketika membacakan penghakiman setebal 15 muka surat berkata Najib tidak pernah mempertikai RM42 juta didepositkan ke dalam akaun banknya sepanjang perbicaraan.
Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018 atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berhubung dana SRC.
Kes kemudian dipindah ke Mahkamah Tinggi.
Dia sekali lagi dituduh di Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2018 atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana sama, yang merupakan hasil kegiatan haram.
Kesemua kes dibicara bersama.
Pada 3 April 2019, perbicaraan bermula selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib untuk mengisytiharkan tujuh pertuduhan terhadapnya sebagai cacat.
Najib kini masih bergelut dengan kes di mahkamah membabitkan dana 1MDB.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ND Lala kahwin dengan BFF anak sejak 2019
- Barisan exco Selangor bukti Melayu berkuasa
- Wanita Maut Ketika Sertai Acara Lari Dalam Guni [VIDEO]
- Itu tangan Yien – Diana Danielle
- Anzalna bagi ‘warning’ dekat hubby, jangan ikut macam abang Tesla
- Zainal akhirnya mengaku makan bersama dengan Fyna Jebat
- Chef Ammar jawab tuduhan aniaya ‘runner’
- Amboi Sanusi bergurau sampai ketuk kepala perempuan
- Wanita tunggu anak selesai peperiksaan, baru maklumkan kematian ayahnya (Video)
- Muhyiddin patut bertanggungjawab – Che’gu Bard
- Tak berdosa tolak parti Islam rekaan manusia – mufti P Pinang
- Kes Sanusi, pegang 8 portfolio mungkin beri kesan pentadbiran
- Tujuh Ahli Parlimen kosongkan kerusi kerana mahu beri tekanan hanya khabar angin
- Zainal Abidin dituduh sengaja guna Aina Abdul demi publisiti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.