Bolehkah UMNO bertanding guna logo UMNO, bukan BN?

Bolehkah UMNO bertanding guna logo UMNO, bukan BN?

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, hari ini melontarkan persoalan sama ada parti itu boleh mempertimbang untuk bertanding atas tiket UMNO berbanding logo Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Persoalan itu dilontarkan Azalina ketika UMNO kini berdepan penolakan orang Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu, selain ‘perselisihan’ dalaman dikhabarkan meletus antara kepimpinan parti komponen BN sejak berakhir Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.



“Izinkan saya untuk melontarkan persoalan ini, adakah sudah tiba masanya untuk UMNO bertanding atas tiket UMNO pada pilihan raya akan datang atau masih lagi di bawah bendera BN, ataupun di bawah BN dengan gabungan baharu?” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, memang mudah untuk mendesak Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengundur diri selepas UMNO mengalami kekalahan pada pilihan raya, tetapi pada waktu sama, BN adalah satu institusi.

“Kenapa segala-galanya diletakkan di bahu pengerusi, walhal bukan pengerusi yang bertanding pada PRN lalu. Paling penting sebenarnya, dalam mana-mana pilihan raya, formula kemenangan ambil kira faktor calon, pengundi serta cabaran.

“Apa yang perlu kita ubah bukan presiden, tetapi cara bagaimana kita bekerja dan menggerakkan kempen kita,” katanya.



Azalina berkata, antara cabaran utama yang UMNO dan BN masih ketinggalan ialah peperangan saraf di platform digital, memandangkan pendekatan konvensional bersemuka tidak lagi menjadi tunjang utama kempen.

“Kempen sebenar adalah di platform digital. BN sendiri perlu faham dan akur bahawa kita menghadapi defisit pengetahuan dan penguasaan platform digital pada ketika pihak lawan berbelanja tanpa had menggunakan platform itu bagi mempengaruhi pengundi.

Tiada undang-undang yang boleh menyekat propaganda tanpa had pihak lawan menggunakan dana yang begitu banyak di platform digital kerana penyedia platform berpangkalan di luar negara.

“Melangkah ke hadapan, BN perlu bersedia untuk berubah menjadi parti yang lebih mahir dan memiliki pengetahuan menguasai teknologi digital dan Kerajaan Perpaduan juga perlu bersedia dengan penguasaan perang saraf di platform digital,” katanya.



Azalina berkata, beliau membaca dengan teliti semua pandangan dan teguran dilontarkan semua pihak, sama ada dari dalam parti mahupun luar parti sejak UMNO BN mengalami kekalahan pada PRN lalu.

“Inilah amalan demokrasi dalam parti yang mana setiap ahli boleh memberi pandangan, tetapi dalam konsep demokrasi juga, ada calon kalah dan ada yang menang dalam pilihan raya. Sudah tentu kita tahu dan faham realiti ini.

“Memang mudah untuk menuding jari terutama apabila kita kalah. Dalam pilihan raya, kalah satu undi tetap kalah dan menang satu undi, tetap menang. Mungkin kita boleh beri contoh, jika kita kalah ketika bertanding untuk jawatan Yang Dipertua PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), usahlah kita bakar dan runtuhkan sekolah.

“Ada parti politik bermula di tangga mahkamah dan ada yang masih di tangga mahkamah, malah bertahun bergolak dengan pihak keselamatan, namun ahlinya tetap teguh merapatkan saf serta berterusan meletakkan keyakinan terhadap pemimpin mereka.



“Dan hari ini parti berkenaan berjaya memerintah negara selepas PRU14. Mereka yakin kepimpinan parti akan bawa kejayaan,” katanya. BH

Bolehkah UMNO bertanding guna logo UMNO, bukan BN?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri



Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker