Pembetung maut! 8 mayat ditemui terperangkap

Anggota penyelamat Russia menemui lapan mayat yang hilang selepas terperangkap dalam sistem pembetung Moscow akibat hujan lebat, lapor agensi berita negara TASS, hari ini.

Dilaporkan, semua mangsa terperangkap di dalam pembetungan semasa lawatan kumpulan pelancong ke lokasi menarik di bawah tanah.

Menurut TASS, yang memetik pekerja penyelamat, hujan lebat di Moscow Ahad lalu menyebabkan paras air sungai Neglinka di bawah tanah naik mendadak, menghalang orang ramai daripada melarikan diri ke permukaan.



“Kini kesemua lapan mangsa sudah ditemui dan ditemui operasi mencari ditamatkan,” kata seorang pekerja penyelamat kepada TASS.

Sementara itu, Jawatankuasa Siasatan Russia berkata, lawatan itu tiada kebenaran dan kertas siasatan dibuka dengan menamakan tiga suspek, termasuk seorang daripadanya sudah ditahan dan didakwa tetapi seorang lagi meninggalkan negara itu, Isnin lalu.

Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, menyifatkan kejadian itu sebagai ‘tragedi yang dahsyat’ dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga.

Difahamkan, beberapa jurupandu menawarkan lawatan ke sistem pembetung Moscow yang luas, sebahagian daripadanya bermula sejak abad ke-19. – AFP



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang



Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin



Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker