Harimau Malaya B-23 jumpa Vietnam pada separuh akhir

Pemain Harimau Malaya B-23, Alif Ikmalrizal Anuar (tengah) mengancam pintu gol Timor Leste pada aksi di Stadium Rayong, Thailand. – Foto Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia

Skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala AFF B-23 apabila menewaskan Timor Leste 3-1 di Stadium Rayong, Thailand, sebentar tadi.

Kemenangan kedua berturut-turut yang dilakar selepas menewaskan Indonesia 2-1 dalam aksi pembukaan, Jumaat lalu menyaksikan skuad kendalian E Elavarasan mara selaku juara Kumpulan B dengan mengumpul enam mata.

Harimau Malaya B-23 bagaimanapun berdepan tugas getir untuk mencapai sasaran ke final apabila perlu melepasi cabaran juara Kumpulan C yang juga juara bertahan, Vietnam di separuh akhir.

Dalam aksi sebentar tadi, skuad negara bermula garang apabila mendahului menerusi jaringan Alif Ikmalrizal Anuar seawal minit kelima sebelum Aliff Izwan Yuslan meledak gol kedua, lapan minit kemudian.



Kealpaan benteng pertahanan Harimau Malaya B-23 membolehkan Timor Leste merapatkan kedudukan pada minit ke-41 hasil rembatan jarak dekat Olagar Xavier.

Alif Ikmalrizal bagaimanapun mengesahkan kemenangan buat skuad negara apabila meledak gol ketiga Harimau Malaya B-23 dan yang kedua peribadinya pada perlawanan itu pada minit ke-64.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri



Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker