Guna kerangka MADANI, ketepi ideologi politik kecilkan jurang kekayaan negeri

Ketidakseimbangan jurang kekayaan antara negeri atau wilayah antara faktor penghalang pertumbuhan ekonomi negara, selain menjejaskan kestabilan sosial dan politik.

Ahli ekonomi menyatakan jurang kekayaan lebih besar akan menyebabkan pertumbuhan lemah dalam aspek perbelanjaan persendirian yang selama ini menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia kerana harga barang dan perkhidmatan akan menjadi lebih mahal serta tidak mampu dimiliki.

Atas faktor ini, kerajaan harus memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi berkualiti dan bukan melihat kepada kadar pertumbuhan semata-mata.



Sudah banyak pelan, rancangan, tindakan dan dasar diwujudkan kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan dalam tempoh enam dekad lalu untuk menyelesaikan permasalahan berkenaan, namun sehingga saat ini kita terpaksa menelan hakikat, sinar di hujung terowong masih jauh untuk menerangi kesuraman ini.

Bukan hendak menafikan kejayaan dan keberkesanan dasar dilaksanakan kerajaan sebelum ini, namun pelbagai faktor seperti urus tadbir lemah, amalan rasuah, ketirisan, penyelewengan dan persaingan politik dilihat menjadi tembok penghalang utama kepada usaha mengecilkan jurang ketidakseimbangan ini.

Hari ini, negara memiliki kerangka Malaysia MADANI, konsep digarap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjadi asas dasar pentadbiran negara berteraskan enam rukun, iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

Justeru, kerangka Malaysia MADANI ini harus dimanfaatkan sepenuhnya kerajaan menerusi kementerian serta agensi di bawahnya serta entiti strategik lain bagi mencapai hasrat mengurangkan jurang ketidakseimbangan kekayaan antara negeri tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat.



Menerusi kerangka ini, antara masalah perlu menjadi keutamaan untuk diselesaikan kerajaan adalah memecah halangan perbezaan kuasa politik antara Pusat dan negeri, terutama diperintah pembangkang.

Boleh dikatakan sejak dekad 1980-an, persaingan politik antara Pusat dan negeri sering menjadi batu penghalang kepada usaha menangani ketidakseimbangan kekayaan antara wilayah ini, terutama di negeri ‘Jalur Melayu’.

Maka, usaha mengecilkan jurang ketidakseimbangan ini amat menuntut pengorbanan tinggi pemimpin negeri supaya meletak tepi sentimen dan persaingan politik demi kemaslahatan rakyat dan negara. Bermakna ia menuntut tekad politik luar biasa di antara pemimpin Pusat dan negeri.

Selain itu, pelaksanaan dasar kemajuan dan pembangunan negeri juga tidak berjalan seperti dirancang di atas kertas, sebaliknya sering dimanipulasi pemimpin politik untuk meraih kepentingan peribadi. Inilah antara cabaran perlu dihapuskan menerusi konsep Malaysia MADANI.



Kerajaan bukan sahaja perlu merangka dan mewujudkan satu sistem khusus berpandukan rukun Malaysia MADANI bagi menangani isu ketidakseimbangan kekayaan ini, bahkan wajar menilai pendekatan diambil negara asing bagi menguruskan isu ini.

VIDEO BERKAITAN

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ

Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’



Hairul Azreen berhenti berlakon

Gugurnya Air Mata Khai Bahar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker