Razlan nasihat Isham jadi matang dan jangan terburu-buru
Razlan nasihat Isham jadi matang dan jangan terburu-buru
Pimpinan dan akar umbi UMNO tidak perlu menggelabah dan terburu-buru dalam membuat sebarang gesaan serta tindakan walaupun parti merekodkan prestasi buruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata tidak wajar untuk sewenang-wenangnya menyimpulkan UMNO sebagai punca prestasi buruk bagi gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada PRN lalu tanpa analisis menyeluruh.
Sehubungan itu, beliau membidas Ahli MKT UMNO, Isham Jalil yang dilihat terburu-buru apabila menggesa mesyuarat MKT dan perhimpunan agung khas UMNO diadakan segera.
Mohd Razlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputeh turut mempersoalkan niat sebenar Isham apabila menyatakan demikian secara terbuka.
“Nak buat mesyuarat atau apa-apa, kena ada analisis, hasil kajian, tak boleh guna satu data untuk buat semua keputusan. Kalau rumah terbakar, nak tunggu laporan bomba pun ambil masa dua minggu, inikan pula babitkan enam negeri, takkan nak harap dalam dua, tiga hari dapat semua analisis.
“Kita kena matang, sebab itu saya nak tanya, apa niat dia tulis gesaan ini di Facebook sedangkan ini babit hal dalaman dan strategi parti. Kalau dia tak puas hati, bincang dalam keluarga, bukan bercerita kepada jiran dan orang luar. Apa tujuan dia cakap begini secara terbuka?,” katanya hari ini.
Beliau diminta mengulas gesaan Isham menerusi Facebook semalam supaya mesyuarat MKT khas dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) khas diadakan segera untuk membincangkan hala tuju parti selepas UMNO ‘berada dalam saat getir dan kritikal’ pasca PRN.
Menurut Isham, MKT UMNO masih belum bersidang atau dipanggil bersidang walaupun selepas enam hari PRN berakhir, yang menyaksikan UMNO menjadi wakil tunggal BN hanya menang 17.6 peratus atau 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi di enam negeri.
Keputusan enam PRN pada 12 Ogos lalu menyaksikan PH dengan kerjasam aBN kekal memerintah di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, manakala Perikatan Nasional (PN) mengukuhkan penguasaan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
PN dilihat menguasai PRN itu secara keseluruhan selepas berjaya mengurangkan majoriti PH-BN di tiga negeri gabungan, khususnya mengakhiri penguasaan dua pertiga di Selangor dan berjaya bertapak di Negeri Sembilan, selain menang semua kerusi di Terengganu.
Kemaraan PN dalam PRN dikatakan berpunca daripada kebanyakan penyokong UMNO memberi undi kepada PN atau tidak keluar mengundi sebagai protes terhadap kerjasama UMNO dengan DAP dan PH serta bantahan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ditanya sama ada benar UMNO berada dalam situasi kritikal seperti dikatakan Isham, Mohd Razlan menepis tanggapan itu dan menyifatkan parti masih berada dalam keadaan baik dan terkawal.
“Kritikal bagi dia, tapi bagi kami okay saja, takkan kita nak menggelabah. Kenapa dia nak gelabah, sedangkan keputusan PRN kekal dengan status quo 3-3. Kita tak boleh terus kata keputusan PRN ini salah UMNO.
“Di Permatang Pauh pun, kita kalah ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun itu kawasan kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebab itu kena lihat analisis keseluruhan dahulu, kena matang dalam buat penilaian dan keputusan, bukan terus mesyuarat, hentam semua orang membabi buta,” katanya.
Pandangan sama turut dikongsi Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa yang menegaskan parti itu tidak boleh bertindak dalam keadaan kelam-kabut atau ketika marah, sebaliknya perlu mengambil sedikit masa untuk bertenang terlebih dahulu.
“UMNO tak boleh ambil tindakan dalam keadaan kelam-kabut dan ketika semua orang marah. Bagi reda dahulu keadaan selepas PRN ini. Kita juga kena faham, keputusan ini (kerjsama dengan PH) bukan dibuat oleh Presiden UMNO berseorangan, sebaliknya melalui MKT dan PAU.
“Buat masa ini, kita susun semua organisasi kita secara elok terlebih dahulu,” katanya. BH
Razlan nasihat Isham jadi matang dan jangan terburu-buru
Baca Artikel Menarik:
- Isu Ambalat, Wisma Putra disaran beri taklimat, penjelasan kepada semua ADUN Sabah
- Pelakon didakwa pernah terlibat hubungan sejenis dengan rakan
- Macam mana pikat Melayu?
- Kenyataan rakan viral jadi kecaman! Usah samakan isteri dengan ‘orang gaji’
- Wanita temui cacing dalam bungkusan salmon di pasar raya
- Nama calon telah dihantar kepada istana, Sultan Selangor akan putuskan siapa MB Selangor
- Tak dilantik, ini komen Reezal Merican
- Wee tengok konsert dengan bekas kekasih waktu kira undi
- Generasi muda Indonesia dilarang tonton Upin & Ipin, kenapa pulak?
- Aziz masih keluar makan bersama dengan Puteri Lily walau sudah bercerai
- Nik Amar komen perlantikan baru MB Kelantan
- Masya Masyitah kena serang dengan netizen, apa pulak kali ni?
- Bayar duit saya – Nasha Aziz
- Didie Alias buka mulut mengenai buka aib Enot
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.