Misbun tolak tawaran BAM

Misbun difahamkan menolak tawaran BAM untuk kembali menggalas tugas selaku pengarah pembangunan perseorangan remaja negara sehingga kontrak asalnya tamat, hujung tahun ini.

KUALA LUMPUR: Datuk Misbun Sidek difahamkan menolak tawaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk kembali menggalas tugas selaku pengarah pembangunan perseorangan remaja negara sehingga kontrak asalnya tamat, hujung tahun ini.

Menurut sumber, Misbun menyatakan keputusan itu menerusi surat jawapan yang dihantar kepada BAM, semalam.

Semalam, pengurus peribadi Misbun, Nor Kamal Ahmad hadir ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) bagi menyerahkan surat jawapan balas jurulatih berkenaan.

Surat yang ditujukan buat Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria itu diserahkan kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif ABM, Michelle Chai.

Kamal ketika ditemui, tidak mendedahkan kandungan surat itu dan menyerahkan kepada BAM untuk membuat pengumuman.

Sementara itu, Michelle pula, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan sebaik menerima lampu hijau daripada Norza yang difahamkan ketika ini berada di luar negara.

Norza sebelum ini memohon maaf kepada Misbun susulan kemelut yang melanda antara badan induk itu dengan jurulatih berkenaan berhubung penamatan kontraknya sambil menjelaskan ia disebabkan masalah komunikasi.

Untuk tidak memanjangkan lagi isu berkenaan, beliau menawarkan Misbun untuk kembali menggalas tanggungjawab selaku pengarah pembangunan perseorangan remaja sehingga kontrak asalnya tamat hujung tahun ini.

 

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker