DAP gantung ahli buat ucapan provokatif

DAP gantung ahli buat ucapan provokatif

DAP menggantung seorang ahlinya yang didakwa membuat ucapan berunsur provokatif dalam sebuah majlis parti.

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata, siasatan mendapati program itu dianjurkan Jun lalu, bukannya ketika tempoh berkempen PRN sekarang.

“Saya mengarahkan status keahlian individu itu digantung serta-merta. Jawatankuasa Disiplin DAP akan mengambil tindakan susulan.

“Individu berkenaan adalah ahli biasa DAP dan sama sekali tidak mewakili kepimpinan parti,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, pucuk pimpinan DAP mengutuk ucapan itu yang disifatkannya provokatif dan berunsurkan kata-kata kesat.

Beliau juga mendakwa video itu sengaja ditularkan “pihak tertentu” untuk memecah momentum kempen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional untuk PRN esok.

Dalam video itu, seorang lelaki berpakaian jaket DAP dilihat menyampaikan ucapan dalam bahasa Kantonis yang disertakan sarikata mencerca “Parti Serban”.

Katanya, parti itu terkenal kerana memainkan isu agama dan perkauman, selain sering berkata ia akan “menang besar” dalam PRN enam negeri. FMT

DAP gantung ahli buat ucapan provokatif

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker