Pemimpin India tiada tempat dalam DAP, giliran bekas Adun Pahang umum tinggalkan parti

Selepas bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, mengumumkan keluar DAP, seorang bekas Adun turut mengambil langkah sama.

Kali ini, bekas wakil rakyat Sabai di Pahang, D Kamache, mengesahkan tidak lagi dapat bersama dengan DAP mulai semalam.

“Saya telah menyerahkan surat keluar DAP kepada setiausaha agung parti (Anthony Loke) semalam,”



Pernah menjadi Adun Sabai selama dua penggal Kamache berkata ia adalah satu keputusan yang sangat sukar baginya namun bertekad melangkah jauh dari DAP kerana terpaksa.

“Bagi saya, DAP hari ini bukan lagi parti yang sama seperti ketika saya menyertainya dulu.

“Tiada tempat dalam pemimpin India yang bersuara dalam DAP,” katanya.

Semalam Kamache menyerahkan surat meninggalkan DAP kerana berkempen untuk seorang lagi bekas Adun parti itu yang tidak dicalonkan, M Satees.



Bekas Adun Bagan Dalam itu menyertai pilihan raya negeri (PRN) di Pulau Pinang sebagai calon bebas.

Kata Kamache dia masih tidak faham logik yang digunakan pucuk pimpinan DAP semasa menggugurkan Satees daripada bertanding iaitu dengan alasan mahu meremajakan parti.

“Satees berusia 38 tahun dan calon digantinya adalah Kumaran Krishnan berusia 45 tahun.

“Saya tidak faham logik ini. Dan sehingga kini pemimpin DAP termasuk Loke tidak menjelaskan kekeliruan ini.



“Sebagai ahli DAP saya boleh dipecat jika berkempen untuk calon bebas. Jadi, saya mengambil keputusan keluar parti kerana saya sedang berkempen untuk Satees,” katanya.

Tambah Kamache, dia tetap berterima kasih kepada DAP kerana memberi peluang kepadanya untuk bertanding di DUN Sabai sebanyak empat kali.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker