Op Samseng Jalanan: Polis nafi pesalah trafik dipukul

Gambar Hiasan

Polis menafikan dakwaan seorang lelaki dipukul dan dikasari oleh anggota dalam Operasi Samseng Jalanan, di Jalan Jelapang, di sini, seperti yang tular dalam media sosial Twitter.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan sengaja disensasikan bagi memberi imej tidak baik kepada pasukan polis.

“Ibu dan bapa kepada lelaki berusia 23 tahun yang dikenakan lima saman atas kesalahan trafik itu, datang ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan anaknya.

“Bapa lelaki itu yang pada mulanya menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap penguatkuasaan polis ke atas anaknya, bagaimanapun meminta maaf sebelum dia diberi amaran.

“Dalam operasi itu, lelaki terbabit dikenakan tindakan saman kerana tiada lesen, motosikal yang digunakan tiada nombor pendaftaran dan cermin sisi selain ubah suai ekzos dan aksesori tidak sempurna pada kenderaan,” katanya, di sini hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 22 saat di laman sosial Twittter yang memaparkan kekecohan di lokasi operasi di mana menerusi komen yang ditinggalkan mendakwa seorang lelaki dipukul poli

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker