Terbuka Australia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal lagi, Rexy hilang kata-kata

Rexy Mainaky hilang kata-kata melihat Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal lagi merangkul kejua­raan pertama sejak bergelar juara dunia di Tok­yo, Ogos tahun lalu,

Kelmarin, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu menamatkan cabaran badminton Terbuka Australia di suku akhir selepas tewas kepada pasangan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 15-21, 17-21.

Kekalahan terbaru meresahkan peminat menjelang Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark dari 21 hingga 27 Ogos, di mana Aaron-Wooi Yik diletak sebagai pilihan keempat.

Enggan menjatuhkan lagi semangat pasangan No. 4 dunia itu menjelang kejohanan tersebut, Rexy, yang juga Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan memilih untuk tidak memberi kata-kata terlalu keras.

“Saya tidak mahu bercakap banyak mengenai persembahan atau permainan mereka, cuma, mereka tidak bermain dengan penuh fokus,” katanya ringkas kepada Mingguan Malaysia.

Beregu lelaki No. 1 negara itu dilihat berada dalam kedudukan sukar untuk mempertahankan kejuaraan dunia di Denmark dengan ­prestasi terumbang ambing.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker