Viral: Wanita baling telefon bimbit pelajar dan campak duit pada MPK ditahan Polis [VIDEO]
Polis menahan seorang wanita yang aksinya dirakam membuat kecoh di sebuah kolej swasta di Kajang, dekat sini, baru-baru ini.
Wanita berusia 51 tahun ditahan selepas polis menerima aduan daripada seorang pelajar kolej swasta wanita berusia 20 tahun, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pengadu mendakwa suspek membaling telefon bimbit miliknya di atas jalan raya sehingga rosak.
Katanya, kejadian kira-kira jam 2 petang, Selasa lalu ketika pengadu dan rakannya berada di perkarangan kolej sebelum didatangi suspek yang meminta tolong mahu meminjam telefon.
“Pengadu dan rakannya memberitahu mereka sedang menggunakan telefon bimbit itu untuk menjalankan tugas pembelajaran.
“Secara tiba-tiba suspek merampas telefon bimbit pengadu yang dipegang seorang rakannya dan terus membaling ke arah jalan raya sehingga gajet itu mengalami kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini
Mohd Zaid berkata pengadu kemudian meminta suspek bertanggungjawab terhadap telefon bimbitnya yang rosak sebelum mereka masuk ke sebuah premis serbaneka berdekatan untuk berbincang.
“Ketika itu pihak polis sudah sampai ke lokasi kejadian dan meminta pengadu membuat laporan polis manakala suspek diminta mengikut anggota polis ke balai bagi tujuan siasatan lanjut.
“Ketika itu dengan tiba-tiba suspek memegang satu buku dan memukul muka pengadu dengan buku berkenaan. Kedua-dua kejadian ini sempat dirakam oleh rakan pengadu dan videonya tular di media sosial,” katanya.
Mohd Zaid berkata wanita itu ditangkap dan polis turut merampas buku yang digunakan untuk memukul pengadu untuk siasatan lanjut.
“Suspek kini direman tiga hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (kesalahan khianat) dan Seksyen 324 kanun sama (sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata).
“Kita mohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.
Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730.
Terdahulu, tular dua rakaman video di media sosial membabitkan suspek.
Dalam video pertama, suspek kelihatan berada di dalam kereta dan didakwa mencampak wang ke atas jalan selepas tidak puas hati kerana tayar keretanya dikunci dan disaman penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang.
Dalam video kedua, suspek dilihat menghampiri dua pelajar kolej dengan seorang daripadanya sedang memegang telefon bimbit dan kelihatan seperti sedang membuat rakaman suara bersama rakannya.
Suspek kemudian mahu meminjam telefon bimbit berkenaan tetapi pelajar wanita itu memaklumkan dia sedang menggunakan gajet rakannya untuk membuat tugasan.
Suspek kemudian merampas telefon bimbit itu dan mencampaknya ke atas jalan raya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ketua Balai Polis Jalan Campbell jadi hero
- Uncle Cina hafal Surah Yasin sebagai amalan untuk sihat (Video)
- Guru hampir buta kena lastik kerana tegur pelajar merokok
- Siang Rosland ceraikan isteri pertama, malam Miera Leyana keluar ‘Dinner’ satu keluarga
- Saya wanita tulen – Calon BN Dun Ayer Hangat
- Sanusi dan Mahfuz, siapa yang bijak mencatur?
- Dah dua kali PAS minta maaf, jangan samapai kali ketiga
- Wakil rakyat PAN antara ditahan menagih syabu
- Amaran PAS untuk PAS
- Sanusi cari publisiti dengan gaduh dengan pemimpin, negeri tak jaga sangat pun
- Tular lelaki bergaduh guna batang besi, tali pinggang
- Dikurung Sejak 2009, Wanita Dedah Pernah Dirogol Lebih 1,000 Kali
- Chef Wan dedah hidap kanser limfoma
- Penunggang degil lalui jalan baru diturap dikejar pekerja pembinaan [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan
Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen
“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan
You must be logged in to post a comment.