Shereen cipta sejarah, pemegang tiga rekod kebangsaan

KUALA LUMPUR: Shereen Samson Vallabouy layak dinobatkan pelari wanita terbaik pernah dilahirkan negara apabila kini memegang tiga rekod kebangsaan, yang pertama dalam sejarah.

Terbaru, atlet berusia 25 tahun itu melebur rekod kebangsaan acara 200 meter (m) wanita berusia 25 tahun selepas mencatat masa 23.33 saat (s) ketika menduduki tempat keempat pada aksi final Kejohanan Olahraga Ed Murphey Classic 2023 di Memphis, Tennessee di Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.

Catatan itu menyaksikan dia memperbaharui rekod milik legenda olahraga negara, G Shanti 23.37s yang dilakukan di Fukuoka, Jepun pada 1998.

Aksi final itu dimenangi atlet Jamaica, Nataliah Whyte dengan catatan 22.76s diikuti Talitha Diggs dari AS kedua (22.83s) manakala pelari Nigeria, Favour Ofili ketiga (22.94s).

Pencapaian terbaru Shereen itu menyaksikan dia kini memegang tiga rekod kebangsaan iaitu 200m, 400m (51.80s) dan 400m dalam dewan (52.27s).

Ibu Shereen yang juga bekas atlet olahraga negara, Josephine Marry, berkata pencapaian diraih anak perempuannya itu adalah hasil daripada kerja kerasnya selama ini yang berpangkalan di AS

“Saya bangga dengan apa yang sudah diraihnya setakat ini, dia bekerja keras dan berhak untuk semua ini. Dia melakukan pengorbanan yang besar untuk mengejar cita-citanya dalam sukan olahraga.

“Saya percaya dia akan terus mempamerkan peningkatan prestasi terutama dalam persiapan menghadapi Sukan Asia Hangzhou (bulan depan),” kata Josephine.

Josephine juga percaya kejayaan terbaru diraih Shereen itu akan memberikan motivasi tambahan kepada atlet berkenaan untuk menghasilkan kejayaan buat kontinjen negara apabila beraksi di Sukan Asia Hangzhou.

“Setakat ini keutamaanya tetap dalam acara 400m. Sama ada dia akan menyertai acara 200m di Sukan Asia nanti, masih belum pasti lagi.

“Sekiranya acara 200m berlangsung selepas 400m, saya fikir mungkin dia akan mempertimbangkan untuk turut menyertai 200m. Apa pun, keutamaan tetap 400m,” katanya.

Pada April lalu, Shereen meleburkan rekod kebangsaan berusia 30 tahun dalam acara 400m milik Allahyarhamah Rabia Abdul Salam dengan catatan 51.80s di Kejohanan Olahraga St Mac Relays di California.

Dia yang kini bergelar atlet profesional selepas menamatkan pengajian di Winona State University di Minnesota memperbaharui rekod Rabia yang mencatat 52.56s ketika melakukannya pada 1993 di Filipina.

Sebelum itu, Shereen empat kali meleburkan rekod kebangsaan 400m dalam dewan dengan yang terakhir ketika memenangi pingat emas di Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Virginia Beach, Virginia dengan catatan 52.27s pada Mac lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker