PRN: Gelombang PN lebih besar dari PRU15

Perikatan Nasional (PN) berada dalam momentum terbaik dengan gelombangnya dikatakan lebih besar daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum ini khususnya di Selangor.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini dapat dilihat menerusi sambutan luar biasa ketika PN mengadakan ceramah berkelompok.

“Biasa kalau ceramah berkelompok adalah 50 hingga 100 orang ikut sejarah di tempat-tempat lain.



“Namun di Selangor, beribu dan tidak cukup kerusi disediakan. Di mana-mana saya pergi begitulah, tidak tahu kenapa.

“Tetapi pastikan gelombang yang kita lihat pada PRU lalu makin membesar,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan tawaran PN Selangor, malam ini.

Beliau turut menjangkakan sokongan akan terus meningkat bukan sahaja daripada kaum Melayu sebagai pengundi terbesar, malah daripada kaum India, Cina dan Orang Asli juga agak luar biasa.

Sehubungan itu, Muhyiddin menegaskan trend tersebut akan berterusan dengan pihaknya tidak akan mengambil mudah atau terlalu yakin dengan bekerja sehingga habis pilihan raya.



“Sebelum hari mengundi, kita akan dapat data sebab PN tidak buat ikut sentimen sahaja. Kita ada sistem nilai sokongan dan data tersebut dibuktikan menerusi sikap pengundi kepada PN,” katanya.

Ketika mengulas mengenai isu Presiden Gerakan yang juga calon PN kerusi DUN Bayan Lepas, Datuk Dr. Dominic Lau dan Pas, Muhyiddin menegaskan itu hanya melibatkan sedikit salah faham dan percaya langkah susulan akan dilakukan Pas.

“Saya tidak fikir isu akan berlarutan dan tidak mencerminkan sikap Pas atau PN kepada mana-mana pemimpin.

“Kita selama terbentuk PN telah bekerja sebagai pasukan mantap, tiada buruk sangka sepanjang masa. Jadi jika timbul satu kes tidak memberikan gambaran sebenarnya untuk ke hadapan dan harap dapat diselesaikan,” jelasnya



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan



Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland



“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker