Baru keluar UMNO anak Annuar Musa iring Hadi ceramah PN

Selepas mengumumkan perletakan jawatan dan keluar daripada Umno, petang tadi, Afiq Amani Annuar tampil menghadiri ceramah umum Perikatan Nasional (PN) Pakat Pertahan Parlimen Ketereh, di Kota Bharu, Kelantan malam ini.

Bekas ketua pemuda Umno Bahagian Ketereh itu tampil bersongkok dan berbaju batik berwarna biru kelihatan tiba di lokasi ceramah sekitar jam 10.05 malam sambil mengiringi Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Hadir sama pada ceramah tersebut adalah bapanya yang juga bekas ahli parlimen Ketereh Annuar Musa, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, dan calon PAS di dewan undangan negeri (DUN) Kok Lanas, Mohamed Farid Zawawi.



Terdahulu, Afiq pada sidang media khas mengumumkan meletakkan jawatannya dan meninggalkan Umno berkuat kuasa serta- merta.

Selain Afiq, seluruh ahli jawatankuasa Umno Cawangan Cabang Tiga Haji Musa juga mengambil langkah sama sekali gus membubarkan cawangan tersebut.

Afiq menjelaskan keputusan tersebut dibuat atas kerelaannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihak lain termasuk bapanya.

Menurutnya, tindakan itu diambil selepas melihat perjuangan Umno semakin tidak selari dengan perjuangan asal.



“Selepas beberapa bulan menjadi ketua Pemuda Umno Ketereh, saya menggalas tanggungjawab berkenaan namun pada masa sama saya melihat Umno banyak lari daripada perjuangan asal,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker